DOWNNNNNN

Hari ni sebenarnya walaupun kurang sihat, tapi sibuk jugak membalas SMS & Whats App dari pelanggan.

 

Sambil-sambil tu sibuk tengok Instagram orang orang yang berjaya. Yang cantik. Yang popular. Dan rasa DOWNNNNNN.

 

Hahaha.. poyo je kan.

 

Bukan tak bersyukur. Tapi yelah, manusia ni kan memang ada perasaan rendah diri. Bila tengok kisah orang berjaya, makin la rasa rendah diri.

 

Kak Yati Meletop cakap dia pun sama. Masa mengandung mudah rasa down. Mungkin sebab bercampur dengan kesihatan yang kurang memuaskan.

 

Siang tadi pergi ke kedai Karipap Sedap di Taman Perling. Memandangkan akan bertolak dari rumah dan perjalanan ambil masa dalam 20 minit, jadi saya call dulu tanya samada diorang berniaga atau tak. Owner yang mesra alam siap cakap kalau nak terus order pun boleh.  Saya pun terus order 5 biji karipap ayam + telur dan 5 biji karipap daging + telur.

 

Sampai kat kedai, saya cakaplah saya yang call tadi. Pastu owner tu sengih-sengih. Dia tanya, hari tu ada masuk Wanita Hari Ini kan?

 

Huahuahua.. Malu kejap.

 

Dia cakap dia siap panggil isteri dia tengok. Dia cakap, “Ni pelanggan kita ni.”

 

Hahaha… rasa terharu pun ada sebab saya pun tak la terlalu kerap datang ke sini sebab agak jauh dari rumah.

 

Dalam perjalanan, terus belasah karipap sampai 4 bijik. Karipap tu besar. Hampir dua kali ganda karipap biasa. Terus kenyang sampai ke malam. 🙂

 

Sekarang ni Alhamdulillah bisnes Benang Hijau makin okay. Tapi kan, rasa nakkkkk sangat berniaga makanan secara online. Taknak berniaga makanan macam Pavlova @ Durian Crepe. Tapi nak berniaga makanan yang evergreeen. Yang memang orang selalu makan. Macam karipap ke. Kuih siput ke. Popia Nestum ke. Nasi Lemak ke.

Nak buat sendiri kurang rajin. Suami pulak taknak rumah bersepah @ berbau sambal. Tapi teringin sangat nak menceburkan diri dalam bidang makanan.

 

Kalau ada orang yang boleh supply makanan yang sedap dalam kuantiti yang banyak, memang heavenlah. 🙂

One thought on “DOWNNNNNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *