Dilema..

Saya tak racist dan saya suka bergaul dengan semua orang.

Tapi setiap kali berjumpa dengan non Malay ada sedikit masalah yang perlu saya hadapi.

Rasa bersalah bila diorang hulurkan tangan tapi saya tak boleh sambut.

 

Disclaimer : Ni bukan tangan saya. Tangan saya lebih comel. 🙂

Macam sombong dan dingin je padahal tak. Saya peramah dan panas. Hahaha..

Tapi betul.. itulah satu dilema saya.

Kadang tu rasa macam nak kena pakai sarung tangan je. Tapi tak selesa.

Pernah terbaca pasal ada orang bukan Islam tanya kenapa tak boleh salam dengan wanita Muslim dan ada someone balas,

Boleh tak awak salam dengan Queen Elizabeth?

Analogi tu memang sangat menarik. Dan buat saya rasa istimewa.

Setiap kali orang nak salam, saya pun rasa diri saya cam Permaisuri. Lalala..

Itulah dilema saya. Ada tak yang mengalami dilema yang sama?

 

4 thoughts on “Dilema..

  1. sohoque

    jgn la rasa bersalah sbb x salam dgn bukan muhrim. itu kan larangan dm agama kita. ada hikmah yg amat besar disebaliknya. sebenarnya kalau kita teguh dgn pendirian kita, org yg nak salam tu lg respek dgn kita. walaupun mungkin dia tak tunjuk pd kita respect tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *