Dilema Seorang Blogger Kurang Popular..

Hehehe… Tajuk agak gempak je kan.. 🙂

Sebenarnya saya memang selalu online. Selalu baca blog orang untuk belajar sesuatu yang baru atau nak tahu benda-benda yang menarik.

Tapi bila nak update blog, rasa serba salah.

Pertama, bila dah makin tua rasa malas nak terlalu expose diri sendiri dan keluarga. Sebagai seorang wanita, rasa kurang elok kalau terlalu menonjolkan diri sendiri.

Selain itu risau juga dari segi keselamatan keluarga. Yelah, bila kita terlalu banyak bercerita, orang dah tahu kita tinggal kat mana, selalu shopping kat mana, suka makan kat mana, anak sekolah kat mana. Dan semua maklumat ni pun boleh membahayakan diri jugak in case ada orang yang berniat tak baik.

Lepas tu bila tengok komen-komen haters di blog-blog yang popular, rasa tak sanggup je.   Tak sanggup nak jadi terlalu popular. Sebab bila ramai yang suka, pasti ramai juga yang benci dan tunggu kita buat silap.

Lepas tu bila makan sedap-sedap, pergi ke tempat-tempat menarik, alami perkara-perkara indah, dapat close sales besar-besar atau dapat sales beribu-ribu sehari, pun rasa takut nak share.

Takut dikatakan riak dan nak menunjuk-nunjuk. Takut juga expectation orang terhadap kita terlalu tinggi.

Aduyaii… banyak betul ketakutan kan?

Tapi insyaAllah. Bermula tahun baru 2013 ni saya berazam untuk menulis apa pandangan saya terhadap sesuatu benda @ isu @ tabiat @ amalan.

Kiranya apa yang saya nampak dalam perjalanan seharian saya, pengalaman dalam bisnes konvensional (Benang Hijau) dan juga pengalaman saya berurusniaga di Vietnam dan China.

Target saya adalah untuk menjadi lebih berani dalam menyatakan pendapat saya tetapi tidaklah sampai menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa.

Entri ni ditulis semasa saya menunggu untuk boarding flight di airport Vietnam. Tak sabar nak balik ke pangkuan keluarga tercinta.

Sampai jumpa lagi, wassalam! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *