Dilema

Beberapa hari ni berada di persimpangan dilema dari segi sekolah anak-anak.

Mula-mula plan nak masukkan ke Sekolah Rendah Islam Aman di Telipot. Sekolah ni cuma 7km dari rumah. Sekolahnya menggunakan modul dan sukatan pelajaran yang sama dengan Sekolah Rendah Islam Hidayah di JB.

Tapi ramai sangat rupanya yang nak daftarkan anak masuk sekolah ni. Jadi pihak sekolah kena buat tapisan. Minggu lepas anak-anak dah ambil ujian dan kena interview dan sekarang tengah tunggu keputusan dari pihak sekolah.

Katanya keputusan akan diumumkan minggu lepas jugak tapi sampai sekarang belum ada apa-apa berita.

Sebagai mak yang produktif, saya pun mulalah survey sekolah-sekolah lain pulak.

Pastu rasa macam berminat dengan Sekolah Rendah Antarabangsa Wadi Sofia di Kubang Kerian.

Berdasarkan research di internet, sekolah ni nampak menarik sangat.

 

So semalam saya bawa anak-anak dan suami pergi ke sekolah ni untuk tinjau kawasan sekolah dan berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah.

Bila dah pergi, rasa cam jatuh hati pulak sebab persekitaran sekolah ni yang tenang dan dikelilingi padang dan pokok-pokok yang menghijau. Jarak dari rumah pun dalam 13km je.

Pelajar kat sini pun tak ramai. Sekarang ni Tahun 5 ada 12 orang dan Tahun 2 cuma ada 7 orang sahaja.

Fasiliti pun okay sangat. Waktu belajar dari pukul 8 pagi – 4.30 petang.

Sekolah ni pun ada pelajar antarabangsa dari Korea, Thailand, Indonesia, Europe, Timur Tengah dan sebagainya. Guru-guru pun ramai juga dari luar negara.

 

Kebetulan berjumpa dengan principal sekolah ni iaitu Datuk Hassan. Dia pun cakaplah sekolah ni tak declare sebagai sekolah Islamik tapi sebenarnya sekolah ni pun sangat memberi penekanan tentang agama. In fact ada beberapa pelajar luar negara yang memeluk Islam disebabkan tertarik dengan agama Islam yang diamalkan oleh pelajar-pelajar di sini.

 

Bila dah tengok keadaan sekolah, suami pun bersetuju nak sekolahkan anak-anak kat sini.

Abang Adi pun dah excited nak sekolah kat sini. Cuma dia dok risau sebab sekolah ni English Medium. Dia risau tak pandai cakap nanti. Hahaha..

Saya pun cakaplah budak-budak lain pun sama. Semua pun risau. Tapi takpelah sebab tu kena pergi sekolah. Sebab nak belajar. Kalau dah pandai tak payah pergi sekolah.

 

Alhamdulillah lega sangat bila dah confirm tempat persekolahan anak. Sekarang dah boleh fikir masalah lain pulak. Hihihi..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *