Demam

Dari semalam dah rasa kurang sihat.

Tapi gagahkan diri jugak buat kelas blog untuk seorang ustaz yang gigih sangat datang dari Kluang bersama anak perempuannya untuk belajar.

Kali ni saya jemput ustaz belajar di rumah saya sebab saya tak larat nak drive. Mujurlah anak perempuan ustaz sangat cepat pickup jadi saya pun tak terlalu penat.

Lepas ustaz balik, tak boleh tidur fikirkan macam-macam.

Fikir pasal outlet baru. Fikir pasal promosi. Fikir pasal harga. Fikir pasal pekerja. Fikir pasal macam-macam.

Dalam pukul 3.30 barulah saya boleh lelapkan masa.

Pukul 9 pagi ada breakfast appointment dengan seorang kenalan yang juga buat bisnes secara online. Seronok berkongsi idea-idea bisnes dan merancang strategi.

Pastu balik rumah berehat bersama keluarga sambil-sambil memproses order dan juga menerima report jualan dari outlet-outlet. Alhamdulillah… sales hari ni sangat sangat memberansangkan.

Dalam pukul 4 singgah di outlet Benang Hijau di Umall Pulai Utama untuk ambil kain-kain yang nak dibawa ke outlet di KL dan juga untuk update stok.

Pukul 9 malam singgah di Jusco Bukit Indah untuk buat pembayaran dan juga untuk ambil barang-barang pushcart. Sebabnya hari Isnin ni satu lagi outlet Benang Hijau akan mula beroperasi di Jusco Bukit Indah.

Lokasinya di Ground Floor berdekatan Body Shop dan juga Big Apple Donut. Kepada orang JB, jemput singgah ya. 🙂

Dalam perjalanan pergi, rasa tak larat sangat. Tapi bila sampai kat Jusco dan tengok crowd yang tersangat ramai, hati berbunga-bunga riang dan rasa tak sabar-sabar nak bermula.

Dalam perjalanan balik, suami cakap..

Ini kalilah…

 

InsyaAllah ada perubahan besar akan berlaku dalam hidup kami tak lagi. 🙂

Sepatutnya saya dah otw ke KL malam ni. Tapi sebab saya dan suami sama-sama tak larat, kami decide untuk bertolak pagi esok dan balik malam esok.

Masa kat Jusco Bukit Indah, jumpa seseorang yang senyum senyum kat saya. Puas saya fikir siapakah gerangan orangnya. Rupa-rupanya salah seorang pelanggan Benang Hijau.

Oh tidak….

Kena lebih low profile lepas ni. Sebab saya ni bukanlah seorang wanita yang anggun. Langsung tak sesuai jadi bos kepada syarikat yang menjadi ‘Inspirasi Wanita Anggun’.

Dalam perjalanan balik ternampak crowd yang sangat ramai sedang mendengar ucapan dari wakil DAP yang akan bertanding untuk kawasan ini.

Dan ikhlas saya rasa, pilihanraya kali ini akan jadi satu pilihanraya yang sangat bersejarah. Saya yakin Pakatan Rakyat akan menang. Dan saya suka.

Memang saya tak tahu lagi samada Pakatan Rakyat boleh buat kerja atau tidak. Tapi saya dah muak dengan BN yang dah terlalu lama memerintah. Yang dah terlalu korup. Yang dah terlalu besar kepala. Yang dah terlalu sombong. Yang dah terlalu banyak menyalahgunakan wang rakyat.

Sebagai usahawan, saya sokong perubahan. Kita cuba la. Kalau tak okay, lima tahun lagi kita tukar. Jangan terlalu takut dengan perubahan. Negara US tukar pemerintahan setiap lima tahun. Negara Jepun pun baru sahaja bertukar pemerintah. Okay je. Aman damai je. Ekonomi terus rancak je.

Jangan terlalu mudah terpedaya dengan propaganda BN. Dahlah menggunakan media sewenang-wenangnya sampai orang biasa pun jadi muak nak tengok tv dan baca surat khabar.

Pada saya, BN nampak sangat terdesak sehingga iklan-iklan dalam surat khabar dia tersangatlah berbaur perkauman. Tersangat-sangatlah nak lagakan Melayu dan Cina. Padahal selama ni dia dok berpakat dengan MCA okay je kot. Bila Pas nak berpakat dengan DAP, jadikan isu pulak. Dahlah MCA tu memang 100% parti Cina sedangkan DAP adalah parti gabungan.

Panjang pulak isu politik. Tapi buat sahabat-sahabat yang saya kasihi, para pembaca blog Fadzilah Mamat yang mungkin selama ni malu nak bagi komen, saya merayu. Tolonglah.. tolonglah… tolonglah… tolonglah hapuskan sistem pemerintahan yang tersangat korup.

Jomlah kita sama-sama turun mengundi untuk membawa perubahan kepada negara kita. Keputusan kita sekarang akan menentukan masa depan anak cucu kita. Jomlah sama-sama kita ubah sistem sedia ada.

Harga barang yang menjadi mahal kerana kroni. Jalanraya yang banyak tol kerana kroni. Harga kereta yang terlampau mahal kerana kroni. Harga minyak yang mahal sedangkan kita negara pengeluar minyak.

Kalaupun anda senang. Kalaupun anda mampu. Tolonglah buat perubahan bagi membantu golongan yang kurang mampu. Golongan yang mungkin akan menjadi lebih senang dengan perubahan-perubahan yang bakal dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Jangan risau, walaupun BN tak berkuasa, negara kita tak akan huru hara pun. Tapi kalau kita biarkan BN terus berkuasa, memang pasti akan lebih huru hara.

Jom buat keputusan bijak untuk Malaysia yang lebih baik.

One thought on “Demam

  1. pak mamat ada kebun

    Assalamualaikum….

    Jauh admin merawang merewang, dari issue demam, issue penat bekerja hingga ke GE13…. Saya bangga dengan suara anak muda yang akan membawa perubahan. Anak muda yang bukan saja menerima BULAT BULAT apa yang disajikan di akhbar arus perdana di TB satu..dua…tigasuku…Tetapi bijak menilai dengan ilmiah berita yang disajikan…Membuat semakan laporan yang dimomokan…

    Kita anak anak merdeka, rasanya lama sangat dibiasakan dengan lambang dacing…INI KALILAH…. Kita tukar kita tukar…

    Bangunlah anak anak muda yang mepunyai kesedaran tinggi untuk bertidak…jangan biarkan anak anak cucu kita nnti menanggung hutang negara yang separuh dari hasil negara. Dapat gaji. Separuh dari gaji buat bayar hutang..macam tulah perumpamaan…
    6hb. May sedut udara baru…kerajaan baru…

    InsyaALLAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *