DBA

Hari ni semua staf cuti. Anak-anak pun cuti.

 

Tapi saya kan mana ada cuti. Saya kan bekerja sambil bercuti dan bercuti sambil bekerja. Pagi-pagi dah bangun buat planning untuk production shawl dan baju koleksi terbaru.

 

Dalam pukul 2 lebih ajak anak-anak keluar sebab Ali nak main di Taman Burger (tempat permainan di McDonalds).

Mula-mula Abang Iqbal dan Abang Adi taknak ikut tapi saya paksa jugak. Sakit mata tengok diorang dok mengadap laptop je.

 

Bila dah sampai McD, diorang pulak yang lebih semangat nak makan.

 

Kononnya lepas tu nak singgah KB Mall untuk hantar shawl baru tapi disebabkan cuaca yang tersangat panas dan juga membayangkan kesukaran nak parking di KB Mall, jadi saya tangguhkan dulu.

 

Hari Ahad ni saya ada appointment untuk check up pregnancy. Sekejap sungguh masa berjalan. Rasa macam baru je check up bulan lepas.

Sebenarnya dalam minggu depan saya akan mendaftar untuk kursus DBA (Keusahawanan) di UMK.

 

Nak kata excited tu, excited jugak. Tapi mengenangkan yuran pendaftaran tu, ngeri jugak. Pastu pulak sekarang ni pun bukanlah 100% sihat. Duduk sekejap rasa tak selesa. Berdiri sekejap dah rasa penat sangat. Takkan nak baring kot dalam lecture hall.

Tapi kalau tak mula sekarang, entah bila saya akan bermula.

 

Masa mengandungkan Ali dulu pun kononnya nak buat PhD tapi tak start-start. Sekarang Ali dah nak masuk 4 tahun. Kalaulah masa tu dah start, dah habis dah agaknya.

So kali ni takleh nak bertangguh lagi. Kena register dan kena mulakan jugak.

 

Kang nanti dah bersalin susah dengan anak kecik pulak. Pastu nanti sibuk sangat pulak. Jadi kena kuatkan hati dan mulakan langkah pertama.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *