Dari Bad Mood Menjadi Happyyyyyyyy

Hihihihi…

 

Pagi-pagi bad mood. Petang-petang happyyyyyyy.

 

Jom tengok jadual hidup usahawan.

 

Pukul 12 tengahari saya dan suami keluar rumah. Mula-mula singgah di satu tempat untuk hantar profile syarikat. Harap-harap permohonan untuk tambah lagi satu outlet ni diluluskan. 🙂

Lepas tu singgah makan Nasi Daun Pisang di satu tempat yang dirahsiakan. Kena rahsiakan sebab tak sedap langsung. Menyesal makan kat sini. Serius tak sedap.

Lepas tu pergi je Jusco Permas Jaya sebab nak jumpa Kak Engku.

 

Kak Engku adalah pekerja baru. Kat Permas Jaya dah ada dua orang staf yang muda remaja. Kononnya saya nak employ sorang lagi pekerja. Sebab risau dua orang staf tak cukup untuk handle dua outlet.

Kak Engku dah call saya sejak minggu lepas. Saya minta Kak Engku start kerja hari ni.

 

Tapi bila saya sampai tadi, rupa-rupanya Kak Engku ni ada penyakit buah pinggang. Sebelum start kerja, dia rasa bersemangat. Tapi bila dah sampai, dia rasa tak larat nak kerja. So dia duduk je tunggu saya datang.

Dia kata macam dah cukup je dua orang pekerja tu. Tapi dia boleh tolong in case pekerja cuti @ ada emergency dan sebagainya.

Serius kesian tengok dia. Saya pun cakap okaylah kak. Kira akak ni sebagai back up la. Kalau staf takde, nanti saya contact akak. Lepas tu dia pun terus balik.

 

Pastu kami pun balik rumah. Saya pun buat kerja-kerja online. Balas PM. Balas komen. Cek transaction. Transfer duit. Dll.

 

Dalam pukul 4.30 petang, saya keluar sorang-sorang ke hotel Thistle untuk hadiri expo @ seminar Printworks. Tahun-tahun yang lepas pernah tengok maklumat expo ni kat suratkhabar tapi tak ambil tahu sebab tak ada kepentingan.

Sekarang bila dah buat bisnes konvensional ni, kenalah ambil tahu kan. Lagipun saya kan memang semangat sikit bab-bab promosi ni.

Saya jarang sangat baca surat khabar. Kebetulan nampak promo event ni masa pergi servis kereta bulan lepas. Pastu saya terus contact diorang untuk reserve tempat.

 

Okay jugaklah event tu sebab dia akan attachkan setiap peserta dengan seorang advertising consultant. Saya diperkenalkan dengan Puan Huda, seorang wanita yang sama-sama comel macam saya.

 

Terharu jugak bila Huda kenal dengan Benang Hijau. 🙂 Katanya dia pernah terfikir nak approach owner Benang Hijau untuk promote iklan di suratkhabar, tapi dia risau owner berada di KL.

 

Dah dengar presentation, serius rasa teruja sangat sebab pakej yang ditawarkan dalam taklimat ni tersangatlah jimat berbanding iklan biasa.

Kalau ikut hati yang tersangat berani, memang nak ambil pakej yang power. Tapi disebabkan dah insaf dan taknak overcommit, saya cuba sign contract yang paling rendah. Iaitu iklan mini pada setiap minggu dalam Harian Metro.

Saiz yang ada adalah muka surat penuh, separuh muka surat, suku muka surat dan mini (separuh daripada suku muka surat).

Iklan ni agak fleksibel jugak. Kalau nak iklan dua minggu sekali dan nak combine jadi suku muka surat setiap kali iklan pun boleh.

Kalau tetiba nak upgrade pakej pun boleh.

 

Ikut hati nak ambik pakej setengah muka surat, tapi takpelah. Slow slow. Start small. And try to finish big. 🙂

 

Tadi pun sempat berkenalan dengan big boss Huda dari KL. Dia pun excited nak tolong usahawan bumiputera memajukan bisnes.

 

Balik dalam keadaan yang sangat gembira. Tak sabar nak tengok iklan Benang Hijau masuk Metro. Macam tak percaya je. Sebelum ni bila tengok rate yang ditetapkan, rasa macam mustahil je nak masuk surat khabar. Serius mahal sangat sebenarnya.

Contoh untuk satu page yang berwarna, harganya lebih RM30,000 sekali keluaran. RM17,000 untuk iklan dan RM14,000 untuk kos warna. Kalau iklan paling kecik pun, tetap kena tambah RM14,000 untuk kos warna.

Pendek kata, pakej yang ditawarkan semasa taklimat ni, memang sangat berbaloi-baloi. Kelemahannya adalah kita kena commit sepanjang tahun. Tapi kalau serius nak besarkan bisnes, memanglah kena iklan secara konsisten. Barulah orang kenal dan ingat nama bisnes kita. So pada saya memang okay sangatlah. Usahawan untung sebab dapat harga murah. Dan suratkhabar pun untung sebab dah dapat kontrak pengiklanan tetap.

 

Balik rumah dalam keadaan riang gembira. La la la la la la….

 

Taklimat printworks untuk tahun ni dah berakhir siang tadi. Rupa-rupanya sesi di JB adalah sesi yang terakhir. Bersyukur sangat saya dah ambil peluang ni.

 

Kepada sahabat usahawan yang lain, kalau serius nak beriklan, jangan lepaskan taklimat ni tau.

 

Wohoooo!!! Tak sabar nak masuk Metro setiap minggu. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *