Dah Sampai Seru..

Petang tadi saya ada appointment dengan seorang klien. Sambil-sambil saya close sales (Alhamdulillah beliau ingin membuat pelaburan melalui akaun 1 EPF berjumlah RM19,800), beliau bercerita tentang pengalaman beliau menunaikan haji dan kami berbual agak panjang.

Beliau menasihatkan saya supaya pergi haji cepat-cepat. Jangan terlalu fikir pasal masalah takde orang jaga anak ke, pasal duit ke, sebab insyaAllah kalau kita nak, pasti Allah akan permudahkan.

Antara kata-kata beliau yang agak mendalam maksudnya,

Kalau awak yakin, Allah akan aturkan semuanya. Tapi kalau awak nak fikir dan uruskan sendiri, terpulanglah pada awak.

 

Menurut beliau, yang penting, daftar haji dan seterusnya ikuti kursus haji. Dari situ kita akan lebih faham tentang ibadat haji dan nanti jalan untuk menunaikan haji akan terbuka untuk kita, mungkin daripada rezeki yang tak disangka-sangka.

Pesanan beliau betul-betul meninggalkan kesan di hati saya. InsyaAllah lepas ni saya plan nak survey kursus haji sekitar Skudai dan Johor Bahru. Manalah tahu ada rezeki nak pergi haji tahun depan. Amin…

 

2 thoughts on “Dah Sampai Seru..

  1. surynn

    Wah!!! Terkesan sungguh pagi2 dgn ayat ini! Thanks a lot admin for such a wonderful sharing! Really make my day! 🙂 Teringat pulak, dulu mmg perasan terror, smua benda nak fikir n urus sendiri…kucar kacir jadinya…..Astaghfirullahala’zim.. Alhamdulillah! Memang yakin dan berserah kepada Allah tunggak hidup bahagia!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *