Dah Sampai Rumah..

Pagi tadi edit dan upload gambar kain cotton terkini ke Facebook Benang Hijau.

Lepas tu saya, suami dan Hasni (staf Benang Hijau Seri Kembangan) bertolak ke Shah Alam.

Sampai kat sana, suami sambung kerja-kerja pasang railing dan saya sibuk letakkan tag pada kain.

Tengah sibuk-sibuk, ada sekeluarga singgah ke booth dan beli sehelai kain Cotton. Alhamdulillah.. happy sangat sebab keadaan kedai sangatlah kelam kabut sebenarnya. 🙂

Hampir pukul 3 petang, gerak ke Bangi pulak. Masa tu suami dah risau takut terlambat sampai di JB sebab dia ada hal yang tak dapat dielakkan di JB sekitar pukul 7 petang.

Jadi saya terpaksa tinggalkan Hasni di Bangi dan berikan duit teksi untuk dia balik ke Seri Kembangan selepas dia settlekan semua urusan.

Alhamdulillah.. bersyukur sangat dapat staf yang sangat cekap, rajin dan sangat membantu.

Bila dah banyak cawangan ni, kena lebih tersusun. Jadi kali ni memang kami buat rekod penerimaan kain dan setiap minggu akan cek jumlah kain samada tally atau tidak dengan jumlah yang diterima dan jumlah yang dijual @ diposkan.

Selepas tu, suami pun memecut laju ke JB.

Sejak minum Tea Mix Herbalife ni, serius suami lebih power. Jangan salah faham ya. Bukan power lain. Tapi power bila memandu.

Kalau dulu, dia tak suka nak teman saya pergi KL sebab dia rasa penat sangat nak memandu. Padahal bukanlah jauh sangat kan.

Dalam perjalanan pulak, mesti dia akan singgah tidur di R&R samada di Pagoh, Ayer Keroh atau Seremban.

Tapi sekarang tak lagi. Perjalanan lancar je. 🙂

Yang saya kagum lagi, lepas urusan penting dia selesai, dia boleh balik rumah dan bersiap-siap nak keluar main badminton. Hebat kan?

Jadi, kepada para isteri yang tension dengan suami yang cepat letih, bolehlah belikan Teamix Herbalife. Confirm tenaga suami akan menjadi luar biasa. Hahahhaa…

Alamak.. terpromote Herbalife pulak kat sini. 🙂

Sampai rumah.. berehat bersama keluarga sambil-sambil jawab sms dan PM dari para pelanggan.

Alhamdulillah sales hari ni agak memberansangkan. Pagi dan petang takde sales. Tapi dah malam-malam banyak sales. Ala-ala orang main bola masuk goal last minute.

Tak sabar nak bangun pagi esok untuk jumpa Cik Puan PA tersayang. Nak call klien. Nak pergi jumpa klien. Nak pergi pejabat Public Mutual. Dan nak pergi timbang seorang pelanggan Herbalife saya.

Timbang minggu lepas, dia dah turun 1.9kg dalam masa seminggu. Excited nak tengok berat dan bacaan body fat dia esok.

Okay bye. Nak berehat dulu. Alhamdulillah.. sibuk dan penat tapi happy sangat. 🙂

One thought on “Dah Sampai Rumah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *