Dah Nak 2 Tahun..

Hari ni sepatutnya semua staf cuti. Tapi Alhamdulillah ada 3 orang staf dapat buat OT separuh hari.

Seronok bila dapat bantu dan bagi peluang pada orang lain untuk tambah pendapatan. 🙂

 

Sebenarnya pada peringkat awal bisnes bos ni taklah kaya mana pun. Memang dapat duit setiap hari. Tapi ada je komitmen.

 

Dah hampir dua tahun berniaga ni, saya pun taklah mewah pun. Baru sekarang je ada duit lebih sikit. Tu pun bulan ni banyak keluarkan modal untuk stok baju raya.

 

Bulan depan genap dua tahun kami berniaga pakaian. Tadi ternampak gambar lama semasa saya dan suami ke Guangzhou pada Mei 2012. Rasa kelakar sangat. Masa tu hidup tenang je. Takdelah huru hara macam sekarang. Hahha..

 

 

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge