Dah 3 bulan tak buat..

Malam ni saya dan suami telah melakukan sesuatu yang dah lama sangat kami tak buat.

Dah hampir 3 bulan tak buat kerja ni.

Hahaha…

Suspen je kan.

Actually malam ni kitorang makan di luar. Dah lama betul tak makan malam di luar. Maklumlah sekarang ni kami kan dah jadi pengguna tegar Herbalife. Dah hampir 3 bulan tak makan malam. 🙂

Malam ni rasa terliur sangat nak makan Ikan Siakap Tiga Rasa dan Tomyam Campur. Sebenarnya jadi teringat nak makan ni selepas makan lauk sama yang sangat sangat sedap semasa di Guangzhou beberapa hari lepas.

Siang tadi setup outlet baru Benang Hijau di AEON Permas Jaya. Pukul 6 petang balik rumah. Pukul 8 malam bawa anak-anak singgah Tesco Bukit Indah untuk hantar shawl baru kat sana.

Pastu singgah AEON Bukit Indah untuk jumpa staf baru dan bawa anak-anak tengok Dinosaur. Saya ajar staf baru update rekod jualan dan suami teman anak-anak pilih mainan yang diorang nak.

Lepas tu anak-anak dah tak sabar-sabar nak balik rumah. Abang dah beli mainan untuk buat gunung berapi. Adi pulak beli mainan ala-ala ahli arkeologi. Ali pulak beli pensel warna dan cop Barney.

Bahagia betul Ali dapat cop sendiri. Sebelum ni pantang nampak cop company saya. Habis satu rumah dicopnya. Hahaha..

Lepas hantar anak-anak balik, saya dan suami keluar semula untuk ke Restoran Lokman di Skudai. Kami makan Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Seafood, Sotong Celup Tepung dan kongsi sepinggan nasi. Alhamdulillah… sedap sangat!!!!

Masa kat restoran tu kan, duduk berdekatan tv dan tertonton filem yang ditayangkan. Seriously dah lama sangat rasanya saya tak tengok tv. Memang tak tahu apakah drama @ filem terkini yang best.

Esok saya plan untuk ke Kota Bharu untuk setup kiosk di KB Mall. Mungkin naik bas. Mungkin naik kapal terbang. Mungkin pergi sehari. Mungkin pergi dua hari. Tapi 10hb memang kena balik sebab nak ke Vietnam pulak.

Okay bye. Nak berehat dulu! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *