Cuti Tanpa Gaji

Pagi-pagi upload gambar Baju Kurung Pahang Safiyya dan reply PM pelanggan.

Pastu singgah Umall untuk hantar baju-baju yang photoshoot semalam.

Pastu singgah makan tengahari dengan anak saudara suami yang berkursus di JB. Kami makan di Restoran LC Katering di Tebrau. Kat sini saya suka Nasi Ayam Penyet dan juga Kuey Teow Goreng.

Anak sedara nak beli Shawl Nadeera, jadi kami pun singgah di Jusco Permas sambil-sambil hantar barang.

Masa sampai, ramai pelanggan tengah kerumun outlet Benang Hijau. Hati berbunga riang je. Tapi Ali dah tarik-tarik tangan ajak pergi ke tempat permainan. Jadi saya pun tinggalkan anak sedara dan temankan Ali main di tempat permainan.

Pastu balik rumah kejap sebab suami nak solat Asar di rumah. Saya dan Ali tertidur kepenatan sepanjang jalan.

Sampai rumah, suami pulak tidur sekejap.

Dalam pukul 5 petang saya dan suami pergi Airport Senai. Tengok progress kerja-kerja renovation.

Alhamdulillah dah selesai. So tinggal masukkan rak-rak dan railing sahaja.

 

20130706-000720.jpg

Suka sangat dengan lantai & orang yang posing 🙂

20130706-000729.jpg

Suka sangat jugak dengan wallpaper ni

Serius suka dengan corak wallpaper ni. Rasa nak letak wallpaper ni jugak kat rumah.

Dalam perjalanan balik dari Senai, jem sangat. Teringat kenangan zaman dulu-dulu kerja kilang di Kawasan Perindustrian Senai. Memang stress sangat setiap kali pergi dan balik kerja. Dan setiap hari rasa nak resign.

Alhamdulillah bersyukur sangat sebab saya tak perlu lagi stuck dalam jem setiap hari.

Pastu singgah kedai perabot untuk survey rak-rak yang sesuai untuk kedai di airport. Sepatutnya beli awal-awal kan. Tapi percayalah, memang tak sempat.

Pastu tokey signboard nak jumpa kejap untuk confirmkan warna tulisan Benang Hijau. So dalam pukul 8.30 kami keluar ke Jusco Taman Universiti.

Tokey signboard cakap selasa pagi signboard siap. Wohoooo!!

Tetiba management Jusco Permas pulak call minta kami datang alihkan barang sebab diorang nak buat flooring kayu.

Jadi kami pun patah balik ke rumah, bawa beg untuk isi barang dan terus bergegas ke Jusco Permas.

Dalam pukul 11 malam siap semua urusan dan lepas tu kami pun baliklah ke rumah yang manis.

Serius penat jadi usahawan terlampau.

Rasa nak minta cuti tanpa gaji je. Tapi nanti siapa pulak yang nak bayar gaji pekerja. Hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *