Cuti Raya Cina Yang Dot Dot Dot

Saya dan suami tak suka bersesak-sesak. Tak suka nak pergi bercuti pada hari cuti umum.

Jadi kami tak pergi ke mana-mana sepanjang cuti ni. 🙁

 

Sebenarnya hari ni hari jadi suami.

Saya nak bagi hadiah, dia taknak.

Nak belikan kek, dia taknak.

Ajak pergi celebrate kat mana-mana, dia taknak.

Ajak bawa anak-anak pergi bercuti ke mana-mana, dia taknak.

Low profile sungguh. Sampai saya pun dah tak tahu nak offer apa lagi. 🙂

 

Tapi sebenarnya saya suka je. Sebab saya sendiri pun bukan jenis celebrate birthday. Lagipun kami ni dalam proses nak kembangkan bisnes. Jadi taknak terlalu boros. Dahlah baru je dua minggu lepas pergi Kuching dan seminggu lepas pergi Vietnam.

Dan kami juga taknak juga terlalu spoil anak-anak.

 

Bulan ni ramai kenalan yang pergi umrah. Rasa macam terpanggil-panggil je.. Manalah tahu tahun depan sampai ke tanah suci. Sambil-sambil nak melawat makcik di Algeria sekali. InsyaAllah.. 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *