CSI Miami Season 4

Sebenarnya sejak dua hari lepas saya sibuk melayan drama CSI Miami Season 4.

Saya beli kat HyppTV Unifi. Bayar RM15 untuk tengok kesemua episod dalam masa sebulan.

Tapi rasanya esok dah settle kot. Sebab memang dok tengok tu je.  🙂

 

Sebenarnya kehidupan seorang bos ni tak lah sibuk sangat sangat. Ada je masa lapang. Cuma sibuk fikirkan tentang stok. Sebab nak kena pastikan stok selalu cukup. Pastu kena pastikan staf boleh bekerja dengan baik. Di samping fikir macamana nak majukan lagi bisnes.

 

Plan nak kembali mengganas dalam Public Mutual. Mungkin bermula Isnin depan insyaAllah. Sebab risau pulak bila ada banyak masa lapang. Macam tak gunakan masa dengan sebaiknya.

 

Malam ni dok tengok-tengok video bisnes di YouTube dan tertonton video kat bawah ni.

 

Adoi!!

Rasa macam banyak benda nak kena buat especially tentang Being Visible. Sebab kononnya dalam bisnes Benang Hijau saya taknak Visible sangat.

Tapi bila fikir balik, kebanyakan jenama yang tersohor memang pemiliknya adalah Visible.

Saya plan nak berjaya tapi taknak glamer sangat. Tu satu.

 

Pastu pasal pilih pekerja.

Sebelum ni main belasah je. Amik je semua orang. Pastu mulalah timbul macam-macam masalah.

So sekarang ni kena lebih memilih. Kena pilih orang yang ada attitude yang betul.

 

Pastu lagi employee is your biggest asset.

Nampaknya lepas ni kena buat training khas kepada semua staf. Sebab kejayaan bisnes bergantung kepada bagaimana perasaan pelanggan terhadap layanan dari staf.

 

Adoi. Pressure kejap!

Makin banyak belajar, makin banyak benda yang tak tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *