Coretan Khas Untuk Suri Rumah

Hidup saya taklah happening sangat sangat pun.

Cuma ada kebebasan masa sikit. Sebab tak terikat dengan sesiapa. Tapi tetap terikat jugak dengan bisnes sendiri. Sebab sekarang ni saya dan suami masih terlibat aktif dengan pengurusan bisnes.

Memang ada benda yang kami rasa nak outsource. Tapi bila fikir balik, kalau semua orang buat, kami nak buat apa?

Tak seronok jugak bila takde tanggungjawab kan.

So basically kami buat kerja-kerja kami dengan gembira. Buat sebab nak buat. Buat sebab suka buat.

Walaupun kena buat kerja-kerja yang tak glamer. Kena gosok baju banyak-banyak time shooting. Kena kira stock. Kena lipat baju yang baru sampai. Tak de masalah.  🙂

 

Tapi kadang-kadang (kadang-kadang je) saya cemburu dengan kehidupan orang yang tak perlu fikir banyak-banyak.

Bangun pagi. Siapkan anak. Uruskan anak. Uruskan rumah. Masak. Tidur. Dan esoknya ulang rutin yang sama.

 

Tak perlu fikir pasal masalah pekerja. Tak perlu fikir pasal stok. Tak perlu fikir sewa kedai. Tak perlu fikir pasal promosi. Tak perlu jeles dengan syarikat lain yang maju jaya.

 

So kadang-kadang bila balik ke kampung suami yang takde internet, saya pun menjalani hidup macam ni jugak. Saya betul-betul berehat dari berfikir tentang bisnes. Saya cuma balik sebagai seorang isteri dan ibu. Rehat sebentar daripada berfikir tentang bisnes.

 

Saya pun tak pandang rendah pada suri rumah atau orang sekeliling yang makan gaji. Yang penting, happy.

Kalau kaya raya tapi tak happy pun takde gunanya.

 

Jadi, kepada para suri rumah yang baca blog ni, jangan rasa rendah diri tau. Jangan anggap diri anda sebagai seorang ‘loser’. Jangan ingat orang pandang rendah pada awak.

Sebab sejujurnya kami yang bukan suri rumah ni tak fikir negatif pun pasal awak. Kami hormati keputusan awak. Tak timbul pun soal siapa hebat atau tak. Yang penting, awak happy.

Kalau awak memang minat berniaga atau bekerja pulak, sabar tau. InsyaAllah kalau betul nak, pasti ada jalannya.

 

Masa mengandungkan anak ketiga (akhir 2009 – awal 2010), saya pun pernah jadi suri rumah sepenuh masa. Duduk rumah menguruskan keluarga. Masak. Ajar anak. Pastu bila suami balik, bercerita pada suami tentang perkembangan anak-anak.

Masa tu minat sangat nak memborong di China. Tapi bila tengok kena bayar pakej sebanyak RM2000 dan ke atas, mampu telan air liur je sebab memang tak de duit sangat.

Tapi disebabkan memang nak sangat, akhirnya tercapai jugak hasrat nak memborong di luar negara dan buat bisnes.

 

Dan sekarang, bila dah sibuk dengan bisnes, saya hargai sangat masa saya jadi suri rumah sepenuh masa tu. Sebab saya rasa happy dapat bagi sepenuh tumpuan pada Abang Iqbal dan Abang Adi pada masa tu.

Sekarang pun Alhamdulillah tak la sibuk sangat. Sebulan pergi oversea dalam 2-3 hari. Dan hari-hari lain banyak duduk rumah bersama keluarga. Sampaikan Ali menjadi tersangatlah manja dan langsung taknak berenggang.

 

Kesimpulannya, kalau nak jadi suri rumah, jadilah. Kalau nak bisnes tapi masih belum mampu, gunakan masa yang ada untuk survey apakah bisnes yang sesuai dengan minat dan kelebihan anda. InsyaAllah, ada jalannya.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *