Confirm Pergi Bangkok!

Tengahari tadi dapat SMS daripada seorang rakan UTC yang nak jual tiket ke Bangkok pada harga yang sangat reasonable.

Sebelum ni dah minta pendapat seorang rakan UTC dan hati rasa lega bila dengar yang kita boleh maklumkan pihak syarikat bahawa kita nak gunakan passport dan mereka akan pulangkan kepada kita lebih awal berbanding qualifier lain.

So saya pun dah setuju untuk beli tiket tu untuk suami memandangkan tarikh perjalanan pun pada akhir bulan Mei dan tidak bertindan dengan jadual saya.

Alhamdulillah… Honeymoon lagi! 🙂

Memang bersyukur sangat dengan life saya sekarang. Dulu-dulu memang nak sangat selalu travel dan sekarang dah merasa.

Awal Feb – Ho Chi Minh

Akhir Feb – Bandung

Awal Mac – Ho Chi Minh

April – Guangzhou

Awal Mei – Ho Chi Minh

Akhir Mei – Bangkok

Awal Jun – Ho Chi Minh

Awal Julai – Ho Chi Minh

 

Tahun ni jugak berazam untuk menjejakkan kaki ke Jepun. Nak sangat pergi tengok kain kat sana. InsyaAllah.. 🙂

Buat masa ni, saya cuma buat ground package untuk Ho Chi Minh @ Saigon sahaja. Tapi insyaAllah tak lama lagi saya nak buat ground package untuk Guangzhou jugak.

Ada jugak yang PM di Facebook nak ajak saya buat pakej umrah tapi suami bagi syarat. Kalau nak travel lama-lama boleh, tapi kena carikan adik dulu.

Hahhaa… takottttt!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *