Confirm Dunia Ni Kecik..

Petang tadi saya berjumpa dengan seorang pemilik butik yang ingin menyewakan sebahagian ruang di butiknya.

Beberapa hari lepas saya dah call dia. Dan bila kami bercakap, memang rasa ada chemistry sangat. Jadi hari ni dengan gigihnya saya drive ke KL bersama Baby Ali dan ayah saya yang kebetulan datang ke rumah.

Mula-mula jumpa, saya terus tanya dia orang mana. Rupa-rupanya dia orang Terengganu.

Lepas tu bila dia tanya saya kerja apa, saya cakaplah saya Manager di Public Mutual, dan rupa-rupanya suami dia pun Manager jugak dan saya dan suami dia saling mengenali di internet.

Masa tu dah rasa dunia ni kecik.

Sembang-sembang lagi, dia ada business partner. Dan business partner dia adalah kakak kepada rakan sekolah saya di MRSM Pengkalan Chepa.

Tak lama lepas tu, ayah saya pun masuk ke butik.

Sembang punya sembang, rupa-rupanya ayah dia merupakan sahabat ayah saya dan memang semasa kecik dulu saya selalu berkunjung ke rumah dia. Siap minat kat adik lelaki dia yang sebaya dengan saya lagi.

Hahaha.. kecik tak dunia ni?

Confirm kecik kan? 🙂

Overall the meeting was so much fun. We get along so well. Saya pun dah bayar deposit dan insyaAllah akan mula berniaga di sana pada April ini.

Alhamdulillah.. happy sangat. Berbaloi-baloi datang jauh-jauh dari Skudai ke Bangi. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *