Catatan Perjalanan Ke Medan Hari Pertama

Saya sampai di Medan pada pukul 5.30 petang. Pada masa ni semua kedai dah tutup. Jadi saya dan suami check in dan berehat di bilik sekejap. Kami bermalam di Hotel Kesawan. Hotel ni saya booking melalui Agoda. Dalam RM70 semalam.

Hotel tak berapa selesa. Kecik dan bilik air pun tak terlalu bersih. Tapi saya pilih hotel ni sebab berdekatan dengan Pasar Ikan (juga dikenali sebagai Pajak Ikan), Restoran Tip Top, Restoran Garuda dan juga Merdeka Walk yang merupakan tempat yang happening di Bandar Medan pada waktu malam.

Selepas berehat, kami keluar makan di Tip Top. Kedai ni merupakan kedai kek yang turut menjual makanan western. Geram sangat tengok kek dia. Dahlah semua sangat murah berbanding Malaysia. Udang masak mentega dalam RM10-13 sepinggan. Pada saya sangat murah. Sebab udangnya pun agak besar.

Lepas makan, saya dan suami jalan-jalan di Merdeka Walk.

Kat sini ada banyakkkkkkk sangat kedai makan. Macam-macam ada. Tapi disebabkan kami dah makan, jadi saya memang tak makan apa-apa di sini.

Kiosk-kiosk jualan pun banyak. Kat sini juga setiap malam ada persembahan nyanyian. Kebetulan time saya pergi ada pertandingan ala-ala ratu cantik macam tu.

Bila berada kat Medan ni, tak rasa macam kat luar negara sangat. Sebab ramai yang bertudung dan cara berpakaian orang di sana pun lebih kurang di Malaysia.

Cuma masa sampai tu macam kelakar sikit. Sebab airport dia macam stesyen teksi sahaja. Siap ada bas boleh masuk ke kawasan kapal terbang mendarat.

Seronok sangat pergi ke tempat yang matawang lebih rendah. Contoh DVD cetak rompak kat sana dalam RM1.50 sekeping. Rasa macam nak beli banyak-banyak tapi suami tak bagi. Sebab ada banyak lagi DVD yang saya belum tengok. Pakaian pun murah sangat.

Baju blouse muslimah yang berkualiti cuma berharga dalam RM20-RM30. Saya yang tak stylo ni pun sampai terbeli 7 helai. Opps! 🙂

Okay setakat ni dulu. Nanti saya sambung kisah hari kedua dan ketiga ya.

Hari ni sangat sibuk. Dan esok nak ke Bandung pulak. Sampai jumpa lagi! 🙂

One thought on “Catatan Perjalanan Ke Medan Hari Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *