Catatan Kesibukan Jumaat, Sabtu & Ahad

Dah beberapa hari tak update blog rasa macam ada sesuatu yang tak selesai.

Hari Jumaat lepas saya sekeluarga ke Bangi untuk hantar koleksi terkini Benang Hijau sambil-sambil nak hantar Saphira balik ke Vietnam dari KLIA.

Fuh… lega sangat dapat hantar Saphira balik. Tenang jiwa dan raga.

 

Perjalanan hari Jumaat tu adalah seperti berikut..

JB -> Bangi -> KLIA -> Bangi -> Shah Alam -> Nilai.

Pergi ke Shah Alam untuk hantar barang di Benang Hijau Shah Alam dan terus buka puasa kat sini.

Tak tahan tengok crowd kat Shah Alam. Memang tahap wajib bukak butik macam Bangi jugak kat sini. Kalau kedai besar, boleh display lebih banyak barang.

Sekarang dah mula survey kawasan Jalan Plumbum ni. Harap-harap ada rezeki.. 🙂

 

Dari Shah Alam, singgah bermalam di rumah kakak di Nilai. Seronok dapat spend time dengan family. Taklah dok fikir pasal bisnes je memanjang.

Tapi sebenarnya segan jugak dengan diorang. Sampai je kat rumah kakak, saya sibuk kira duit gaji staf dan transfer duit.

Biasanya saya bayar gaji pada staf pada 7hb. Tapi bulan ni bagi awal sikit supaya diorang dapat beli barang-barang untuk persiapan raya.

Alhamdulillah.. happy sangat dapat settlekan gaji semua pekerja lebih awal dari yang mereka jangkakan. 🙂

 

Hari Sabtu tengahari pergi ke butik di Bangi. Walaupun dah ada 3 orang staf yang bertugas, tapi saya pergi jugak sebab risau diorang tak sempat nak layan pelanggan.

Alhamdulillah sales di Bangi sangat meletop. 🙂

 

Dalam pukul 6.30 keluar ke Bangi Golf Resort untuk berbuka puasa dengan kakak dan adik-adik saya.

Lepas berbuka, diorang datang butik sebab saya nak belanja baju. Alhamdulillah.. seronok sangat dapat hadiahkan baju raya pada family.

Lepas butik tutup, kami terus balik ke Skudai. Alhamdulillah selamat sampai di rumah dalam pukul 2 pagi.

 

Pukul 6.30 pagi Ahad dah bangun dan hantar staf ke Airport Senai. Lepak-lepak di sana sampai pukul 9 pagi.

Balik rumah. Rehat sekejap. Pukul 10 singgah di Umall dan Jusco Taman Universiti. Pukul 11 singgah di Angsana untuk hantar baju pelanggan.

Pastu balik rumah.

Pukul 3 singgah di Tesco Bukit Indah. Pastu singgah Jusco Bukit Indah. Pastu singgah Jusco Permas.

Pukul 6 amik anak saudara suami yang minta kami hantarkan ke stesyen bas di Larkin.

Bukak puasa di Restoran Al Hanan berdekatan Stadium Larkin. Makan nasi arab secara buffet. Memang best. Hari ni pun dok teringat lagi.

Sebelum balik singgah ambil staf di Airport Senai. Hantar dia balik rumah di Taman Universiti. Pastu singgah amik duit dengan staf di Jusco Taman Universiti.

Dalam pukul 10.30 sampai rumah.

 

Walaupun sibuk, tapi sangat sangat gembira. 🙂

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *