Cara Rihanna Atasi Masalah Rendah Diri Yang Ntah Apa-Apa

Terbaca artikel di bawah di Harian Metro Online. Rasa kelakar sangat.

Untuk atasi rasa rendah diri, Rihanna pilih untuk dedahkan lebih banyak bahagian tubuh.

Boleh gitu?

Tak masuk akal!

Kepada anda yang kurang keyakinan diri, tolong jangan tiru cara ni ya. Dikhuatiri makin rendah diri nanti. 🙂

p/s : Agaknya sebab nilah makin ramai orang yang suka mendedahkan tubuh sekarang.

Rahsia Rihanna atasi rendah diri

LOS ANGELES: Penyanyi pop dan R&B popular, Rihanna, mempunyai cara tersendiri bagi mengatasi rasa rendah diri pada tubuhnya.

Berbanding sesetengah selebriti yang menjalani pembedahan kosmetik, Rihanna, 24, memilih untuk mendedahkan lebih banyak bahagian tubuhnya.

Penyanyi yang pernah menjadi mangsa belasahan kekasihnya itu berkata, dia berasa kurang selesa dengan bentuk pinggul dan payudaranya.

Keadaan itu, kata Rihanna, lebih terasa jika dia berdepan dengan jurugambar.

“Justeru, untuk mengatasi rasa kurang yakin itu, saya tidak melindungi bahagian tubuh berkenaan, sebaliknya saya mendedahkan untuk tatapan orang ramai.

“Semakin banyak saya dedahkan, semakin saya rasa selesa,” katanya kepada media, semalam.

Rihanna berkata, dia tidak mahu melarikan diri daripada ‘ketakutan’ itu, sebaliknya lebih baik jika dia berdepan dengan kekurangan berkenaan.

“Sejak itu, saya mula semakin berani,” katanya.

Sementara itu, ketika kebanyakan wanita mahukan tubuh yang kurus, Rihanna sebaliknya mahukan tubuh yang berisi.

Kini, media melaporkan, dia tidak lagi mengawal pemakanannya.
“Tanpa badan yang berisi, saya juga tidak memiliki pinggul menarik, atau payudara menawan.

“Adalah lebih baik saya makan apa saja mulai sekarang,” katanya. – TS

Sumber : http://www.hmetro.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *