Cara Check Saman AES

Semenjak kewujudan ni, rasa kurang rajin nak drive ke KL. Sebab kalau saya drive, saya memang jenis tak sabar nak sampai ke destinasi. Kalau drive untuk balik ke rumah lagilah tak sabarrrrrrrrr.

Dah beberapa hari rasa tak sedap hati memikirkan kotlah dah banyak saman ekor yang saya kena tanpa disedari.

So malam ni saya survey macamana nak cek . Cuba pergi ke website tapi tak jumpa link untuk cek saman.

Last-last saya hantar SMS ke 15888. Senang je caranya, taipkan POLIS SAMAN JMM45xx dan lepas tu tekan send.

Tak sampai beberapa saat, saya terus menerima SMS memberitahu bahawa saya ada 1 saman dan jika saya ingin tahu maklumat lanjut, saya perlu balas sms tersebut dengan menyatakan alamat emel saya.

Seterusnya saya reply alamat email dan sistem menghantar emel memaklumkan tarikh dan waktu saman.

Nasib baiklah saman ekor cuma satu sahaja. Yang peliknya memang betul pada tarikh tersebut saya melalui jalan tu, tapi bukannya pada masa yang ditulis.

Apapun, rasa lega sangat. At least cuma satu je. Ingatkan dah berbelas-belas. :)

Kepada yang belum cek, baik cek cepat-cepat ya!

 

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge