Cara Balas Dendam Terbaik

Pernah tak rasa geram sangat dengan seseorang?

Nak tahu apa yang saya buat bila geram dengan seseorang?

 

Saya akan berfikir macam ni,

Dia saje nak buat aku sakit hati. Jadi kalau aku sakit hati, maknanya aku bagi dia menang.

Kalau aku tak sakit hati, maknanya aku yang menang.

Jadi, aku taknak sakit hati. Aku relaks je.. 🙂

Dan memang betul, bila saya buat bodoh, orang-orang yang berniat tak baik ni pulak yang akan rasa sakit hati sangat. Memang terbaikkkkkkk!

Pernah pada suatu ketika, ada seseorang nak gaduh dengan saya. Macam-macam kata-kata negatif yang dilontarkan, tapi saya diam je. Pada saya,

Suara saya sangat berharga dan tak perlu dibazirkan untuk bertekak dengan orang yang tak betul.

Lagipun bila bercakap boleh menambahkan dosa kan. Jadi saya diam je la.

Pernah juga saya diserang melalui SMS. Sama jugak saya tak balas pun. Tak kuasa saya nak bazirkan duit saya. Lagipun kandungan SMS kan boleh jadi bahan bukti di mahkamah. Biar je lah si luncai dengan labu-labunya.

Dan bila saya sakit hati macamanapun saya takkan tulis di Facebook apatah lagi di blog ni. Saya taknak bagi dia rasa bahawa dia telah berjaya menyakitkan hati saya.

Buatlah apapun, saya tak kisah. My life goes on.

 

Kalau anda balas dendam dengan cara ni, confirm hidup bahagia sehingga ke anak cucu! 🙂


 

 

4 thoughts on “Cara Balas Dendam Terbaik

  1. naz

    salam terima kasih kerana beri saya pendedahan tentang ilmu cara untuk balas dendam insyallah saya folownya…amin doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat…

  2. teruterubozu

    Hahaha sangat betul…saya di pejabat pernah seseorang tu cakap macam2 tapi saya buat pekak je walaupun sakit hati sampai dia menangis sbb sakit hati ngan saya…mmg sangat seronok sbb rasa kita menang di sebalik kita diam

  3. Usrah

    akk memg guna cara ni..tp ada skali tu dah hangin sgt ..ter emo kt dlm FB…manusia ni selagi hidup ada je hasad dengki…syak wasangka…
    tp fadz punya blog memg best…suka2.. teruskan post topik2 yg boleh menaikkan semangat utk berjaya…cayok2…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *