Cabaran Lagi & Lagi..

Ada banyak outlet ni best jugak. Yang ni sales sikit, yang ni sales banyak. Pastu Alhamdulillah ada je rezeki.

Yang mencabarnya, setiap beberapa hari ada je cabaran.

Contoh dalam minggu ni..

Hari Sabtu :

Saya singgah outlet KB Mall nak hantar barang. Masa tu dalam pukul 8 malam. Petang tu staf ada bagitahu dia ada hal tapi dia minta adik dia gantikan. Alih-alih masa saya sampai kat kiosk, memang takde orang langsung. Rupa-rupanya adik dia pun ada hal dan tak boleh ganti dan dia tinggal je kiosk. Dia minta pekerja kiosk sebelah tengokkan dan tolong tutupkan sekali.

Sepanjang dia takde, budak sebelah dah jual 2 shawl dan masa saya datang, saya dapat jual 3 shawl.

Geram je. Hangin je. Sakit hati je.

Ikut hati nak terus pecat je tapi bila tengok muka dia esoknya rasa kesian. So saya masih bagi peluang. Tapi ni peluang terakhir la.

 

Hari Ahad :

Pagi-pagi dapat call dari management Jusco Permas sebab kiosk saya belum bukak lepas pukul 10 pagi.

Cuba call staf yang bertugas banyak kali tapi tak dapat-dapat.

Jusco sangat strict. Kalau lambat bukak, boleh kena kompaun RM500.

Serius stress.

 

Lepas setengah jam baru staf jawab call. Dia lambat sikit sebab takde transport. Pastu dia tak dengar saya call sebab tengah sibuk bukak kedai.

Sekarang ni tunggu jelah surat saman Jusco jelah. Tapi Jusco pun ada pertimbangan jugak. Harap-harap tak kena saman.

 

Hari Isnin :

Petang tadi mood sangat baik.

Tiba-tiba malam ni dapat msg dari seorang staf di Jusco Bukit Indah. Dia kena cuti emergency sebab anak tiri dia meninggal.

Sebenarnya kat outlet ni ada dua staf. Kebetulan seorang lagi cuti 4 hari sebab nak balik kampung. Sekarang dia kat Kedah. Lusa baru sampai JB.

Ni tengah dok fikir macamana.

Memang tak boleh main tutup je. Orang nak ganti pun takde.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *