Budaya Mewah & Boros

Sekarang ni kan…

Dah jadi satu trend.

Surat khabar, majalah dan tv suka tonjolkan orang yang suka buat koleksi barangan berjenama.

Apa tujuan sebenarnya?

Kenapa kita kena agungkan sangat jenama-jenama omputeh tu?

Kenapa kita nak bantu kayakan dia lagi?

Kenapa kita jadikan produk-produk yang overprice ni sebagai status kekayaan kita?

Tak sedar ke bahawa kita dah kena psiko secara halus?

Kononnya jenama tu melambangkan kekayaan. Padahal sebenarnya itu hanyalah sekadar promosi semata-mata. Promosi supaya kita mengkayakan diorang.

 

Wartawan pun gigihlah tanya sejak bila mula kumpul. Apa barang paling mahal. Apa barang yang paling suka.

Aduhai…. Tolongggggggglah..

Serius tak penting. Tak mengembangkan minda langsung untuk mendengar seorang bimbo tolong promote barangan overprice yang mengkayakan kapitalis.

Apa kata interview orang yang banyak simpanan ke. Banyak rumah ke. Banyak melabur ke. Banyak bisnes ke. Banyak bersedekah ke. Banyak buat kerja amal ke. Barulah betul-betul jadi sumber inspirasi kepada orang lain.

Serius saya rasa menyampah dengan budaya mewah dan boros yang selalu disuapkan oleh media massa kita sekarang.

Kadang-kadang kesian pun ada dengan orang yang gila jenama ni. Macamlah orang lain nak tahu apa jenama baju, beg, seluar, baju dan juga baju dalam yang awak pakai.

Kalau memang mampu, okay takpe. Tapi kalau sebenarnya tak mampu, memang kesian sangat.

Please grow up. Tolonglah jadi orang dewasa.

Serius orang tak pandang @ rasa hairan barangan berjenama awak tu. Punyalah awak beli mahal-mahal kan. Tapi mungkin orang yang awak jumpa tak tahu pun awak pakai barang berjenama. Atau pun mungkin orang ingat awak pakai barangan tiruan. Atau mungkin orang rasa kesiannya dia ni. Tak padan dengan body.

 

4 thoughts on “Budaya Mewah & Boros

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *