Buat Keputusan Cepat

Satu benda yang saya belajar kebelakangan ni adalah untuk buat keputusan cepat.

Sebab setiap hari ada banyak keputusan yang perlu dibuat.

Nak tambah pekerja atau tak

Nak ambil pekerja macamana

Nak tambah berapa mesin

Nak iklan kat mana

Bila nak iklan

Nak letak gambar apa untuk iklan

Nak keluarkan produk apa

Bila nak beli bahan mentah

Berapa banyak yang perlu dibeli

Berapa pcs bagi setiap design

Nak buat design apa

 

Dan pelbagai lagi keputusan.

 

Jadi, kalaulah tak ada kemahiran buat keputusan dengan cepat, agak lambat bisnes nak maju ke depan.

Jenis saya pulak, saya lebih menyesal kalau tak buat sesuatu daripada buat dan gagal.

So biasanya kalau dah dapat idea, saya akan cuba buat dulu.

Tapi takdelah terburu buru nafsu sangat. Buat setakat yang termampu.

 

Siang tadi berjumpa dengan sebuah syarikat Company Secretary untuk urusan upgrade syarikat kepada Sendirian Berhad dan juga pendaftaran lesen kewangan.

Alhamdulillah legaaaaa. Sekarang pekerja dah makin ramai dan nak lebih organized. Saya pun dah lantik dua orang admin untuk uruskan bahagian HR dan pastikan syarikat tidak melanggar mana-mana akta buruh dan akta keselamatan pekerja.

Pagi tadi buat meeting dengan staf Production House. Seronok pulak dapat berkongsi berita gembira tentang perkembangan terkini syarikat dan juga dapat bincang dan selesaikan masalah dan keperluan pekerja.

Sebagai seorang perempuan yang cepat emo, saya pun ada membebel jugak. Tapi overall rasa okay kot sebab nampak semua ceria dan bersemangat selepas meeting berakhir.

Antara yang saya cakap adalah kita adalah sebuah kilang dan bisnes yang serius. Saya serius nak bagi yang terbaik. Nak bagi gaji yang baik. Nak bagi benefit yang baik. Dan saya harap diorang pun serius bekerja.

Kalau nak cari kerja lain, boleh. Boleh cari bos yang lebih baik. Boleh cari bos yang lebih kurus. Tapi jangan cari kerja pada waktu bekerja. Kalau nak cari sangat, ambil cuti dan cari kerja.

Satu lagi, saya adalah bos baru belajar. Saya tak pernah ada pengalaman buka kilang. Tak pernah ada pengalaman jadi tauke. Tak ada orang yang ajar saya step by step macamana nak uruskan bisnes.

Jadi saya minta tolong semua untuk tolong saya. Sila bagi komen dan pendapat berdasarkan pengalaman kerja mereka di tempat lain.

Kalau ada masalah dan tak puas hati, boleh bagitahu saya. Yang mana boleh perbaiki, saya cuba perbaiki. Tapi taknak cakap-cakap belakang. Taknak ngumpat-ngumpat. Taknak dok bercerita dengan semua.

Saya taknak ada pekerja yang menjadi virus dalam organisasi saya.

Jika saya tahu ada yang tak puas hati dan dok bercakap di belakang, saya akan minta dia berhenti dan cari peluang kerja yang lebih baik.

 

Eh eh panjang lebar pulak penerangan. Baik rekod je terus tadi. Hahaha..

 

Tapi Alhamdulillah nampak macam diorang pun positif dan faham mesej yang saya cuba sampaikan.

 

Kesimpulannya kena selalu ada komunikasi dengan staf. Sekarang Production House dah lebih organized dan boleh berjalan tanpa saya. So lepas ni nak fokus kepada butik dan outlet jugak.

Nak pastikan staf di sana dapat bagi servis yang baik kepada pelanggan dan sentiasa bagi feedback untuk memastikan bisnes berjalan lancar.

Okay bye. Assalaaaaamualaikum.. 🙂

 

 

One thought on “Buat Keputusan Cepat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.