Buang Buruk

Hai.. 🙂

Sibuk sungguh la minggu lepas sampai tak sempat nak bukak laptop. 🙂

Bukan takleh update blog guna hp tapi kepuasannya kurang sikit. Jadi kenalah tunggu update guna laptop jugak.

 

Dalam seminggu ni banyak sangat drama. Mak buyung yang hampir meletop sekarang memang sangat garang dan mudah sentap.

Jumaat lepas dah terminate sorang staf sebab mencuri.

Dua hari lepas pulak terminate staf bahagian packing sebab dah banyak sangat buat silap.

 

Sebelum ni pernah la terdengar kisah pelanggan tak puas hati dengan syarikat-syarikat besar seperti Zalora dan The Pop Look.

Bila dah terkena batang hidung sendiri, memang faham sangat.

Bos tak lena tidur memikirkan macamana nak promosikan bisnes dan dapatkan kepercayaan pelanggan. Tapi pekerja buat kerja sambil lewa dan merosakkan imej syarikat.

Bila syarikat dah berkembang, memang tak boleh buat semua sendiri. Memang perlukan bantuan pekerja. Tapi bila pekerja tidak serius dan merosakkan imej syarikat, memang bos kena tegas.

So Alhamdulillah bila dah terminate dua orang staf yang tak okay, saya sendiri rasa lebih bersemangat nak berbisnes. 🙂

 

Kata kawan saya, kalau dalam bahasa Kelantan, istilahnya adalah ‘Buang Buruk’.

Buang bahagian yang buruk supaya ia tak terus merebak dan merosakkan bahagian lain.

 

Jadi bos ni taklah terlalu mudah. Kalau boleh memang taknak marah-marah. Nak sayang-sayang je. Tapi bila pekerja dah buat silap, kenalah tegur.

Kalau tak tegur, tak sedar diri. Bila dah ditegur pulak, pekerja yang cepat emo mulalah sentap. Rasa macam kebaikan selama ni tak dihargai. Rasa macam bos ni berkira sangat.

 

Dulu saya memang banyak mengalah. Sakit hati, pendam. Selagi boleh bertahan, saya bertahan.

Tapi sekarang memang tak. Kalau salah, saya tegur je. Kalau tak boleh terima dan nak berhenti, berhentilah dik. Ramai lagi yang nak kerja.

Kalau setiap kali bos tegur awak nak berhenti, suka hati awaklah dik. Akak tak kuasa nak melayan pekerja mudah sentap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *