Bos vs Pekerja

Tahun lepas saya ada booking tiket untuk kami sekeluarga ke Bandung pada 10-14 Januari ni.

Tapi disebabkan seronok sangat belajar di sekolah baru, Abang & Adi tak nak ikut pergi Bandung.

Saya dah rasa tak best. Dah rasa nak cancel je trip ni.

Beberapa hari jugak saya dok berfikir. Tujuan beli tiket adalah nak bercuti dan meluangkan masa dengan anak-anak. Kalau dua orang taknak pergi, macam tak bermakna je. Baik duduk rumah je dengan diorang.

Tapi suami kata sayang pulak kalau tak pergi. Dahlah kat Bandung pun best jugak. Kain pun cantik-cantik dan murah kat sana. Alang alang dah ada tiket, baik pergi je kan. Sebab tiket tu yang mahal. Hotel dan teksi kat sana tak la mahal sangat.

Pagi ni saya decide nak pergi. Takpelah. Bawa Ali jelah. Sambil-sambil saya pun nak pergi ke KL sebab nak uruskan stok baru yang akan sampai dari Vietnam.

So insyaAllah esok akan pergi ke Bandung bersama suami dan Ali. 🙂

 

Semalam salah seorang staf Benang Hijau whatsapp tanya saya tengah buat apa. Saya cakap la tengah bawa anak jalan-jalan.

Pastu dia kata, bestnya akak. Relax je. Anytime boleh bawa anak jalan-jalan.

 

Saya pun jawab balik, jalan-jalan sambil fikir macamana nak bayar hutang. Hahaha!!

 

Yelah, makin besar organisasi, makin besar komitmen bulanan. Gaji, sewa, bil air, bil api, bayaran pada supplier, duit iklan dan pelbagai lagi benda yang perlu difikirkan.

Pekerja mungkin fikir bestnya bos duduk rumah je sedangkan pekerja kena jaga kedai sepanjang hari.

Tapi kalau bos tak sediakan stok dan tak buat promosi, takde pelanggan yang akan datang kedai dan pekerja pun takde kerja.

 

Tapi bukanlah bermakna pekerja tak penting. Pekerja pun penting. Bila dia bekerja dengan baik, pelanggan akan rasa gembira untuk datang lagi dan lagi.

Cuma janganlah salah faham dan ingat bos ni relax je dan menggunakan pekerja untuk kepentingan diri sendiri.

 

Eh panjang pulak citer pasal pekerja. Macam nak lepas geram je. Hihihi..

 

Okay nak siap-siap dulu. Bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *