Bos Garang

Dalam filem @ drama selalu ada watak bos garang. Ada bos yang selalu marah-marah. Ada pekerja yang selalu kena marah. Dan ada babak pekerja gembira bila bos tak ada.

Bila diri sendiri dah jadi bos badan besar, barulah faham perasaan sebenar seorang bos. Kalau boleh memang taknak marah. Kalau boleh nak sayanggggg je. Kalau boleh nak pekerja gembira. Kalau boleh nak jaga hati semua orang.

Tapi memang tak boleh.

Bila baik sangat, pekerja naik lemak. Bila sabar sangat, pekerja datang lambat. Bila lembut sangat, pekerja ambik cuti sesuka hati. Bila percaya sangat, pekerja buat silap.

Jadi lama-kelamaan bos menjadi semakin garang dan mudah naik darah.

Kepada pembaca yang mungkin bekerja dan mempunyai bos, percayalah bos anda akan suka dan sayang sangat kepada anda jika anda datang awal, buat kerja dengan baik dan betul-betul boleh diharap.

Nak gaji besar tak susah. Jadilah pekerja yang betul-betul boleh diharap dan penting kepada tempat anda bekerja. Kalau betul anda boleh bagi sumbangan yang besar kepada syarikat, saya jamin bos anda akan bagi berapa sahaja gaji yang anda nak.

Kalaupun bos tak bagi, gunakan kepakaran anda untuk bekerja sendiri dan dapatkan pendapatan yang lebih banyak.

Yang pastinya, jadilah pekerja yang terbaik dan buat sampai bos anda tak boleh buat kerja tanpa anda. Ada bran?   🙂

 

Bos yang semakin hari semakin garang,
Fadzilah Mamat
3 Nov 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *