Bos Garang

Makin hari saya menjadi bos yang makin garang.

Bukan apa, kalau lembut sangat, memang pekerja naik lemak.

Suruh cek kain ada ke tak, cakap ada. Bila pelanggan dah bayar dan saya suruh packing, cakap takde pulak.

Bukan sekali dua. Berkali-kali. Alasannya nampak gambar lebih kurang sama. Padahal dah pakai henpon canggih. Nampak sangat jenis ambik mudah.

Ada juga yang jenis suka mintak advance. Kejap-kejap advance. Kejap-kejap advance. Pastu bila gaji sikit, bulan depan advance lagi.

Ada juga yang kuat politik. Kononnya dialah pekerja yang bagus dan suka burukkan pekerja yang lain. Pekerja yang lain pemalas la. Pekerja lain kuat mengeluh la. Pekerja lain tak ikhlas la. Padahal pekerja yang dia kutuk tu tak pernah ada masalah apa-apa dengan saya sebaliknya dia yang selalu nak balik awal la, nak keluar la, nak cuti la. Asal Public Holiday je nak cuti padahal sebelum start kerja dah faham bahawa weekend dan public holiday tak digalakkan cuti sebab orang ramai.

Yang menipu pun ada. Orang datang beli dua helai kain, dia cakap beli sehelai je. Nasib baiklah pelanggan Benang Hijau ni baik-baik semuanya. Selepas beli di kedai, hantar PM dan SMS bagitau ada datang kedai dan beli sekian sekian barang.

Bila penipuan dah terbongkar, terus nak berhenti hari tu jugak kononnya bos lama panggil kerja. Yang kelakarnya, sekarang dia pun kerja berdekatan dengan salah satu outlet saya.

Bila nampak saya, buat-buat tak nampak. Orang dah buat salah memang macam tu kan.

Takpe, awak nak sombong sangat kan. Kalau akak jumpa dengan bos baru awak, memang akak akan cakap je kenapa awak berhenti dulu. Dunia ni kecik je awak.

Emo pulak petang-petang ni. Tapi tak semua pekerja macam ni. Ada jugak yang sangat komited, rajin, tak berkira dan betul-betul boleh harap. Alhamdulillah bersyukur sangat dapat pekerja-pekerja yang macam ni.

Walau kecik macamanapun syarikat yang awak kerja, tak rugi pun jadi pekerja yang baik. Sebab tak mustahil bos kecik awak akan jadi bos besar. Tak mustahil syarikat kecik yang awak kerja akan jadi syarikat korporat. Tak mustahil awak jadi orang penting dalam sebuah syarikat tersohor suatu hari nanti.

Paling-paling tak pun, katakanlah syarikat tu bangkrap sekalipun, mungkin bos boleh rekemen awak pada kawan-kawan dia yang lain.

Kesimpulannya, walau di mana anda bekerja, bekerjalah dengan ikhlas. Memang bos yang bagi gaji. Tapi gaji tu dari keuntungan syarikat. Dari pelanggan yang berpuas hati. Makin banyak pelanggan yang berpuas hati dengan kerja awak, insyaAllah gaji awak pun akan bertambah banyak.

Kalau bos kedekut sekalipun, jangan risau. Rezeki kan dari Allah. Mungkin gaji kecik. Tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain. Rezeki sihat. Rezeki kelapangan fikiran. Rezeki ketenangan hati. Rezeki keluarga yang bahagia. Jangan ukur kejayaan dengan duit semata-mata.

Okay bye. Bos besar nak gosok shawl untuk photoshoot malam ni. Kejap lagi model sampai. Kali ni minta tolong girlfriend adik je untuk jadi model. Kerja hakiki dia polis. Tapi manalah tahu lepas ni ada rezeki dalam bidang modeling pulak. Hihihi.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *