Blur

Bangun pagi pergi ke Pejabat Hasil untuk buat stamping permohonan buka akaun TNB untuk kedai di Tesco Bukit Indah.

Aduiiii renyah sungguh nak buka akaun ni. Kena ada saksi. Kena setem hasil. Kena ada fotostat IC.

Saya memang lemah bab-bab documentation. Tapi sebab suami pun tersangat sibuk, terpaksa la tolong buatkan jugak.

Lepas tu singgah makan tengahari jap di Restoran Nasi Beriani Abah di Bandar Baru Uda.

Lepas tu singgah di pejabat City Link untuk ambil bungkusan barang dari Vietnam. Sepatutnya diorang hantar ke rumah. Tapi kata staf City Link, mungkin akan dihantar esok sebab diorang banyak shipment hari ni.

Jadi, pengurus yang gigih dah proaktif pun memilih untuk pergi pick up sendiri di pejabat City Link dan saya pun minta diorang asingkan sebab saya akan pick up dalam masa sejam lagi.

Sampai kat sana, boleh pulak staf kat sana cakap barang akak ada dengan driver. Dia dah keluar untuk buat penghantaran.

Hanginnnnnn tak?

Saya pun dengan senyuman mesra cakap,

Sebelum akak geram, tolong pergi check semula. Sebab akak memang dah pesan suruh asingkan.

 

Lepas tu diorang call driver suruh patah balik. Mujurlah driver pun baru je keluar dan berada tak jauh dari tempat tu.

Pastu tunggu la kejap.

Bila driver datang, van tu penuh dengan barang dan barang saya pulak kat belakang sikit. Jadi diorang terpaksa unload barang-barang lain sebelum dapat keluarkan barang saya.

Kalau saya tak rushing nak ke KL petang ni, memang saya tunggu je diorang hantar. Tapi kalau saya tunggu, siapa yang uruskan barang tu esok. Dahlah ada sebahagian yang memang nak diposkan hari ni.

Dah settle, saya pun balik ke rumah.

Sampai rumah dalam pukul 2 petang, rasa penat sangat. Padahal bukannya buat kerja berat pun kan.

Mungkin sebab sepanjang perjalanan tu pun dok bermesej dengan staf untuk bagi alamat penghantaran.

Sempatlah nap sekejap dalam 15 minit macam tu. Pastu bangun asingkan kain dan shawl yang baru sampai.

Sekarang ni tengah blur sekejap.

Sebaik-baiknya kira balik berapa pcs shawl yang dihantar. Sama tak dengan jumlah yang diorder. Tapi rasa penat sangat. Tak sanggup nak kira setiap corak ada berapa pcs.

Kira redha jelah okay tak?

Anggap jelah supplier tu jujur dan budiman okay tak?

Kali ni je macam ni. Kali lain kira betul-betul.

Sebab memang dah penat sangat ni.

 

Okay bye. Nak sambung kerja dulu. Sebab kena gerak ke KL sebelum pukul 5 petang. Adoiiiii sempat ke tak ni.

Malam ni nak ambil barang di outlet Seri Kembangan. Nak hantar ke outlet Bangi. Nak hantar ke outlet Shah Alam.

Sempat ke nak buat semua ni sebelum pukul 10 malam?

 

Kesimpulannya, kalau tak bersedia nak jadi sibuk, jangan sibuk-sibuk nak buat bisnes. Okay bye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *