Bisnes Online Kembali Rancak

Pagi tadi singgah Umall. Settlekan barang-barang yang nak diposkan. Happy sangat hari ni sebab ada banyakkkk sangat barang nak pos. Teringat zaman aktif jual secara online masa mula-mula start bisnes Benang Hijau tahun lepas. 🙂

Bila outlet makin bertambah, selalu je tak sempat nak upload gambar-gambar stok terbaru.

Kononnya nak shoot kat studio la. Guna model cun la. Last-last stok dah habis dulu kat outlet.

So sekarang ni main upload je la. Malas nak shoot kat studio. Minta tolong staf snap gambar dengan HP je. Agak-agak tak laku, nanti kita buat photoshoot rasmi pulak.

Tapi nampaknya okay gak amik gambar simple-simple. Laku je… Hihihi..

 

Dalam pukul 1 Kak Yati Meletop datang rumah. Saya kan tengah kesepian. Jadi kenalah ajak BFF temankan untuk memujuk hati yang lara. 😛

Mula-mula Kak Yati singgah pejabat Public Mutual. Pastu kami sama-sama pergi Jusco Permas sebab saya nak jumpa 2 orang staf baru dan juga ambil baju-baju yang nak diposkan.

So tadi buat briefing ringkas untuk staf. Bagitau apa yang saya expect. Apa yang saya suka. Apa yang saya tak suka.

Ingatkan diorang untuk serve customer baik-baik. Ingatkan diorang bahawa kerja diorang adalah Sales Assistant dan bukannya Guard. Jadi kena bersemangat layan pelanggan. Bukan sekadar duduk dan tengok kedai semata-mata.

Dah settle semua, kononnya nak terus balik tapi hujan pulak. So singgah Secret Recipe kejap. Mula-mula makan kek Black Forest + Chocolate Indulgence + Coffee Mocha + Cappucino.

Lepas tu tambah lagi Fried Wonton. Pastu tambah lagi French Fries. Pastu tambah lagi Spring Roll.

Jangan salah faham ya. Bukan makan berdua sahaja. Sekali dengan 3 orang anak Kak Yati. So kira okaylah kan.

 

Pastu singgah Maybank kejap bank in duit. Pastu singgah kedai runcit. Pastu singgah Umall hantar barang yang nak diposkan.

 

Gigih betul tulis aktiviti harian. Macamlah orang nak tahu sangatkan. 🙂

 

Dah sampai rumah, sambung minum dan makan-makan kat rumah pulak sambil-sambil check CAMS (software untuk ejen Public Mutual). Excited tengok ada klien yang dah untung lebih 19%. Klien tu invest RM200,000 pada pertengahan tahun 2012. Sekarang dah untung RM38,000. Kayo kayo..

 

So semangat nak aktif balik dalam unit trust kembali membuak-buak. InsyaAllah dalam bulan ni nak start balik. Planningnya dalam minggu depan.

Dahlah tadi pun ada klien call bagi jumlah akaun 1 dan minta saya topupkan akaun pelaburan EPF dia. Macam petanda nak suruh kembali aktif je. Hihihi..

 

Esok anak-anak cuti sampai hari Khamis. So malam ni ajak anak-anak tengok filem Don 2. Okay bye!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *