Bila Nak Travel, Tak Boleh Tidur..

Hampir setiap kali nak travel, saya tak boleh tidur.

Lepas tu mulalah mencari ilmu di internet. Luas sungguh ilmu ni. Makin dicari, makin banyak yang tak tahu.

Esok akan ke Bandung sehingga hari Jumaat. Bermusafir selama 4 hari bersama dengan Farah dan Fitin. Excited sangat!!!!

Tapi tetap rasa sedih nak tinggalkan baby Ali walaupun hari ni dah seharian bersama dia.

Misi ke Bandung adalah untuk meninjau produk yang boleh dijual di Malaysia samada secara offline atau online. Sambil-sambil tu nak survey harga kain Cotton jugak. Dan juga baju muslimah.

Memang dari dulu mencari baju muslimah yang labuh, elegan dan nampak profesional.

Saya dah berjaya habiskan proses detox + atkins diet selama seminggu dan esok bermulalah diet saya dengan Herbalife sepenuhnya. Alhamdulillah so far so good. Dah berjaya turunkan 3.4Kg dalam masa seminggu.

InsyaAllah nak control makan sepanjang di Bandung dan berharap agar balik Malaysia nanti berat dah berkurangan lagi sebanyak 2-3Kg. Amin.. amin… 🙂

Bila fikir balik, orang yang pakai braces lagi sengsara. Tapi sebab benda tu kena pakai sampai jadi, jadi semua yang pakai akan berjaya betulkan gigi.

Orang diet pulak tak ada komitmen macam tu sekali. Jadi bila dah rasa kurus sikit, mulalah nak berhenti diet dan kembali ke tabiat makan yang tak sihat.

Kalau orang pakai braces sanggup berkorban 1-2 tahun untuk cantikkan gigi, insyaAllah saya pun boleh. Chewahhhhh… semangat habis ni. 🙂

Okay bye. Kena paksa diri untuk tidur jugak. Sebab pukul 5.30 pagi esok dah nak bertolak ke airport. Bye!!! 🙂

2 thoughts on “Bila Nak Travel, Tak Boleh Tidur..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *