Bila Anak Demam, Mak Pun Rasa Nak Demam..

Baby Ali dah demam semenjak hari Isnin. Saya pun tak keluar ke mana-mana kerana tak sampai hati nak hantar di ke taska.

Semalam dia dah sihat sikit. Tapi dia sibuk nak ajak saya keluar, dan saya yang memang kalah dengan pujuk rayu dia pun bawaklah dia keluar.

Hari ni memang dah ada beberapa appointment. Saya pun memang plan nak hantar dia ke taska sebab nampak dia dah beransur sihat.

Pagi tadi dia muntah. Jadi saya tak hantar dia ke taska dan rancangan hari ni tergendala sebentar.

Bila dah jaga anak yang demam, mak pun rasa nak demam jugak. 🙂

Kepada yang masih ada mak, hargailah pengorbanan mak membesarkan anda dengan penuh kasih sayang. Takkan sama kasih sayang mak kita dengan kasih sayang orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *