Bibik & TV

Malam ni nak citer benda tak best pasal bibik saya.

Kononnya sebelum ni taknaklah tulis benda tak best kat blog kan. Selalu Kak Yati Meletop la tempat saya lepas geram. Terima kasih pada Kak Yati yang sudi jadi pendengar setia.

Tapi bila tengok blogger lain lepas geram kat blog, macam best je. Nak buat jugak la. Hahaha!!

 

Alkisah..

Hari ni dengan confidentnya bibik saya yang bernama Saphira itu telah meminta saya belikan sebuah tv kecik untuk diletakkan di dalam biliknya bagi menceriakan lagi hari-hari yang dilaluinya.

Chewahhhhhh…

Hebat tak?

Inilah kali pertama saya dapat request sebegini dari seorang bibik.

Nak menyirap je bila dengar request dia.

Kalau keadaan rumah tip top mungkin boleh dipertimbangkan. Tapi dalam keadaan sekarang, memang buat saya menyirap.

Serius dia memang fail bab mengemas. Tapi bab ni saya sambung lain kali ya. Kali ni kita cover isu tv ni dulu. ­čÖé

Saya cakap dengan dia, tengok jelah tv yang dah ada tu. Memang betul tv tu berada di tingkat atas. Dan bilik dia di tingkat bawah.

Tapi saya memang jarang sangat tengok tv. Anak-anak pun lebih banyak bergurau senda atau main laptop. Dan tv memang jarang digunakan di rumah ni.

Dahlah dia tu orang Vietnam. Bahasa Melayu pun baru-baru belajar. Yang kau nak tengok tv, apa kejadahnya kan?

Macam la kau faham.

Kang nanti dah beli tv, nak dvd player pulak. Lepas tu nanti setiap saya kali saya pergi Vietnam mak dia kirimkan dvd filem Vietnam pulak.

Cukuplah sekarang ni dok kirim makanan Vietnam termasuklah satu bekas besar serbuk perasa bernama Vega.

Ni pun satu yang saya kurang berkenan. Saya masak tak pernah gunakan serbuk perasa. Tapi dia punya Vega tu kejap je habis. Tak tahulah berapa banyak dia taruk setiap kali masak.

Mula-mula datang dulu nampak semangat je nak bekerja. Sebab tulah saya gigih uruskan visa dia sebab nampak dia okay semasa tempoh percubaan selama 3 minggu.

Makin hari makin banyak cekadak.

Suruh buat kerja sikit, muka masam.

Bila anak-anak tumpahkan air, mencebik.

Kalau suruh gosok baju, kemain lambat. Kena tunggu lama sangat setiap kali dia gosok.

Kalau lambat jumpa klien, takkan nak bagi alasan,

Maaf ya Encik. Bibik saya gosok baju lama sangat.

Logik tak?

Kesimpulannya no tv-tv okay.

Jangan harap nak dapat tv dalam bilik. Tuan rumah pun takde tv dalam bilik.

Okay sekian entri emo.

4 thoughts on “Bibik & TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *