Betul Ke Orang Mengandung Mudah Naik Angin?

Semalam saya tanya suami,

Awak rasa saya ni memang mudah naik angin @ disebabkan saya tengah mengandung?

 

Suami cakap,

Saya rasa sebab mengandung la. Biasanya awak cool je.

 

Hihihi..

Lega sikit bila dengar.

 

Sebab serius sekarang ni cam mudah je nak naik angin tambah-tambah bila berdepan soalan-soalan kurang cerdik atau soalan-soalan yang saya rasa tak patut ditanya.

Bertanya memang tak salah. Tapi kadang-kadang bila benda dah jelas pun ditanya, memang boleh bikin panas.

 

Teringat pulak masa Harith Iskandar buat lawak masa kat NSC Public Mutual. Katanya orang Malaysia ni suka tanya benda yang obvious.

Contoh kita tengah makan, orang tanya, Makan?

Atau jumpa kat shopping mall, pastu orang tanya, Shopping?

 

Serius kelakar bila ingat balik apa yang dia ulas.

 

Basically sekarang ni saya taklah terlalu banyak deal dengan orang. Memang la ada deal dengan pelanggan online jugak tapi mostly perempuan dan tak la deal face to face.

Kalau dulu banyak juga kena deal dengan kaum lelaki sama ada dari kalangan klien, downline dan juga rakan UTC.  Sekarang bila duduk rumah sepenuhnya dan tak perlu deal dengan lelaki, memang rasa gembira sangat.

 

Saya ni bukanlah cun dan menarik pun. Tapi adakalanya rimas dengan lelaki yang seolah-olah kurang perhatian dan kasih sayang. Benda yang boleh tanya direct dengan ofis, nak tanya saya jugak. Benda yang simple pun nak kena explain banyak kali.

Berurusan dengan klien pun ada cabarannya jugak. Depan isteri bukan main lagi serius tapi kat belakang gatal. Kalau nak suruh dia tambah pelaburan, kena jumpa dia berdua-duaan.

Ada juga yang bila saya datang jumpa tunjuk pulangan yang bagus, dia nak tambah pelaburan tapi suruh datang lagi minggu depan. Padahal boleh je terus sign borang dan saya submit minggu depan. Tapi taknak.

 

Serius menyampah dengan golongan macam ni. Memangla saya tak layan. Tapi masih rasa geli dan rimas sampai sekarang. Poyo je. Macam la kita hadap sangat duit dia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *