Best Tau Kerja Sendiri..

Semalam ada seorang rakan dari Selangor bermalam di rumah kami. Dan sekarang saya sedang tunggu dia bersiap-siap untuk menikmati Nasi Kerabu Lokman.

Best sangat bila kerja sendiri kerana boleh spend lebih banyak masa dengan tetamu. Kalau tidak, memang tak cukup masa untuk berbual mesra. Maklumlah, nak kena tidur awal dan nak kena keluar rumah awal pagi.

Pagi ni pun saya tak ke mana-mana dan hanya membuat beberapa panggilan telefon sahaja.

Seronok sangat bila jadi bos dan bekerja dari rumah.

Kepada yang nak jugak, buat sesuatu dari sekarang. Jangan bertangguh.

Kalau kerja dengan orang, lepas 5 tahun, tak banyak perubahan dalam hidup kita. Tapi kalau berniaga sendiri, lepas 5 tahun, insyaAllah hidup kita banyak bezanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *