Best Sangat Pergi Guangzhou

Assalamualaikum..

13-16 Ogos yang lepas saya, suami dan Yaya pergi memborong di Guangzhou.

Kami ke KL sehari lebih awal dan sempat singgah tengok sebuah butik yang nak dijual di Shah Alam dan juga beli barang-barang untuk butik di Ikea.

Alhamdulillah Yaya sangatlah behave sepanjang dalam flight. Langsung tak nangis. Memang boleh bawak jalan lagi.

 

Serius seronok sangat pergi ke Guangzhou. Tak cukup 4 hari. Alhamdulillah kali ni memang borong banyak sangat kain.

Teringat masa pergi tahun lepas. Nak sangat beli kain berkayu-kayu. Kali ni Alhamdulillah dah tercapai.

Selain tu kami pun dah tempah ecobag dan juga plastic bag baru.

 

Frust jugak sebab tak sempat untuk shopping barang personal sebab tak cukup masa. Tapi takpelah, insyaAllah akan pergi semula ke Guangzhou dalam masa terdekat.

 

Sampai di KB pagi Ahad. Pukul 2 petang masuk ofis untuk interview pekerja baru. Malam tu tertido awal sebab terlalu penat sebab kat Guangzhou terlampau banyak berjalan.

 

Pagi tadi buat meeting di Production House.

Bila baca-baca tips bisnes, katanya memang kena selalu ada constant communication dengan pekerja. Kena selalu buat meeting supaya pekerja tahu apa yang berlaku. Apa projek terbaru. Apa wawasan syarikat. Boleh highlight apa masalah. Boleh bincang apa yang pekerja nak dan sebagainya.

So Alhamdulillah sekarang ni kami buat meeting dalam 2 minggu sekali.

 

Hari ni rasa gembira tengok stok kain atas rak ada banyak. Bukan sebab order tak banyak. Tapi sebab tukang jahit dah ramai dan setiap hari production dah bertambah.

Dalam minggu ni ada beberapa orang admin akan berhenti untuk sambung belajar. Alhamdulillah dah dapat staf baru dan ada juga admin yang diserap dari department lain. Minggu lepas saya ada buat perubahan dari segi pengurusan order dan Alhamdulillah sekarang ni operasi menjadi lebih lancar.

 

Overall happy sangat dengan progress kami. InsyaAllah nak cuba buat yang terbaik. Selain nak jadi trusted seller di kalangan pembeli, nak juga jadi trusted employer dan dapat menyediakan tempat dan suasana kerja yang menarik.

Bak kata pepatah,

“If you take care of your employee, your employee will take care of your business”

 

Hari tu masa kat airport ada beli buku pasal bisnes Amazon. Sekarang dalam proses nak habiskan buku tu. Tak sabar nak belajar macamana Jeff Bezos menaikkan dan membesarkan Amazon sehingga ia menjadi sebuah syarikat yang termasyhur di seluruh dunia.

Okay bye. Sampai jumpa lagi. 🙂

2 thoughts on “Best Sangat Pergi Guangzhou

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.