Bertemu Kembali!

Hai bertemu kembali di jurnal seorang ibu, isteri dan usahawan. Hihihi.. 🙂

Senyap sekejap sebab baru je sampai dari outstation.

Hari Khamis malam gerak ke JB. Sampai JB dalam pukul 8 pagi dan terus ke Airport Senai untuk hantar stok baru.

Pastu pergi ke Umall untuk hantar barang yang nak diposkan. Mulanya risau jugak sebab risau poslaju di Johor cuti pada hari Jumaat. Tapi Alhamdulillah diorang tak cuti dan saya berjaya settlekan urusan pengeposan pembeli online.

Gigih bawak dari KB sebab KB cuti pada hari Jumaat. Padahal boleh je tinggal di KB dan minta staf di KB poskan pada hari Ahad, tapi rasa tak best je. Selagi boleh cepat, nak buat secepatnya dan taknak bertangguh-tangguh. Sebab saya ni jenis tak sabar dan saya anggap pelanggan saya pun macam tu jugak. Mesti diorang pun dah tak sabar nak terima barang lepas buat bayaran.

Masa saya di Umall, suami hantar dan kira stok barang di Jusco Taman U.

Lepas tu kami pergi ke Jusco Permas Jaya. Dan seterusnya ke Jusco Bukit Indah. Kat Jusco Bukit Indah sementara suami order makanan saya sempat audit report dan kira stok barang.

Dalam pukul 4 petang, urusan penghantaran barang selesai. Pastu kami check in di Pulai Springs Resort dan saya tertidur kepenatan sementara dua beranak mandi kolam.

Dalam pukul 6.30 petang keluar makan. Pastu singgah Jusco Taman U untuk tengok susunatur barang baru dan jumpa staf. Pastu singgah Umall untuk audit report dan buat makeover sikit.

Pukul 9.30 balik bilik dan suami tertidur kepenatan. Saya pun penat jugak tapi tak boleh tidur sebab sibuk audit report bulanan dan kira gaji pekerja dan juga transfer gaji.

Penat tapi disebabkan tanggungjawab tahan jugak mata sehingga semua urusan selesai. Dah siap transfer semua gaji, dalam pukul 3 pagi baru tidur.

Esoknya pukul 9 lebih keluar sarapan. Lepas tu jumpa KYM (Kak Yati Meletop) dan ajak KYM lepak di bilik.

Dalam pukul 11 lebih KYM balik. Lepas tu rehat kejap dan pukul 12 check out. Alhamdulillah dapat juga melepaskan rindu pada KYM. 🙂

20140210-045349.jpg

Ali sedih nak meninggalkan ‘Rumah Hotel’

 

Pastu singgah kedai Nikorex di Taman Tun Aminah untuk beli hanger tudung. Pastu pergi Jusco Permas Jaya untuk audit report dan kira stok. Lama jugak kat sini. Dekat 3 jam barulah semua settle sebab ada barang yang short.

Lepas tu pergi Airport Senai pulak. Kat sini pun boleh tahan lama jugak. Dekat 3 jam sebab kat sini banyak barang.

20140210-045456.jpg

Ali tertidur kepenatan dalam fitting room di Benang Hijau Senai Airport

 

Dah settle semua dalam pukul 8 lebih. Singgah makan kejap pastu bertolak ke rumah kakak saya di Nilai.

Sampai sana dalam pukul 11 lebih. Berbual sekejap. Pastu tidur..

Pagi tadi rasa tak larat sangat nak pergi ke butik di Bangi. So pagi tu lepas sarapan berbual-bual dulu dengan kakak dan dalam pukul 12 lebih baru gerak ke butik.

Sampai sana dalam pukul 1, terus audit report dan cek stok. Pastu keluar makan sekejap dalam pukul 3 lebih. Balik sambung lagi sehinggalah semuanya selesai dalam pukul 7 petang.

Kat sini terganggu sikit sebab ada ramai juga pelanggan yang datang hari ni. Time ada pelanggan saya berehat sekejap.

Bila dah settle semua, serius rasa lega sangat. Boleh kata kali ni saya betul-betul gigih sebab buat semua benda ni sendiri. Selalunya saya akan bawa staf dari outlet lain untuk audit. Tapi bila buat sendiri memang rasa lebih puas hati. Dan rasanya staf pun lebih berhati-hati dan bertanggungjawab dalam bekerja sebab dia tahu setiap bulan saya akan datang untuk audit.

Dalam pukul 7 lebih gerak dari Bangi dan Alhamdulillah dah selamat sampai di KB dalam pukul 2 pagi.

Overall memang puas hati sangat dengan trip ni sebab boleh hantar barang, boleh update stok sambil-sambil makeover butik dan outlet. Di samping tu dapat berbual dengan staf dan dapat feedback dari diorang tentang apa yang pelanggan selalu request.

Takpelah sebulan sekali je kot buat kerja-kerja macam ni sedangkan staf di kedai hampir setiap hari kerja. Takkanlah jadi bos nak relax memanjang kan. Sesekali bos pun kena turun padang dan tunjukkan bahawa bos prihatin dan bos pun peduli dengan apa yang berlaku di kedai.

Seronok bila jumpa pekerja yang hargai saya dan berterima kasih atas peluang untuk bekerja dengan saya. Dan diorang pun kerja betul-betul untuk dapatkan sales yang banyak dan memajukan bisnes saya. Report bagus. Layanan terhadap pelanggan bagus. Keadaan kedai kemas. Semuanya teratur. Rasa terharu sangat.

Serius rasa berterima kasih pada diorang ni yang sudi membantu saya dalam perniagaan saya.

 

Actually hari ni Benang Hijau ada keluar iklan di Metro lagi. Saya iklankan shawl glitter. Alhamdulillah ramai yang contact dan ramai juga liker dan follower baru di FB & IG. Ada juga yang dah datang ke butik dan outlet hari ni.

Tujuan iklan di Metro tu bukanlah untuk jual shawl glitter semata-mata tapi lebih kepada branding. Nak bagi orang kenal dan familiar dengan nama Benang Hijau. Benih yang ditanam hari ni bukan terus tumbuh hari ni kan. Ambil masa juga untuk dia berputik dan berbuah. Tapi InsyaAllah, saya yakin sangat.

Cuma sekarang ni saya nak lebih fokus dari segi production dan juga kualiti produk. Taknak la glamer tapi kualiti tak semenggah dan servis pun hampeh. Kalau boleh biarlah seiring dan sejalan.

Banyak pulak idea nak menulis pagi-pagi buta ni… 🙂

 

Ada seorang staf part time saya. Dia kerja untuk beberapa hari sebab menggantikan staf lain yang bercuti. Dia ni dah ada kerja tetap. Dah kahwin. Ada suami. Dan dah ada anak.

Since dia akan kerja beberapa hari, saya pun cakaplah nanti saya akan bayar semua gaji sekaligus pada hari terakhir.

Tapi semalam sebelum balik dia terus minta duit gaji untuk sehari sebanyak RM42 sebab tak ada duit belanja.

Saya rasa sedih sangat dengar. Semalam baru 8hb. Masih awal bulan. Tapi dah takde duit belanja.

Habis tu kalau dia tak buat part time, macamana dia survive? Macamana anak-anak dia?

Kesian sangat rasanya.

 

Seorang ex staf saya pun kesian jugak. Dia ni suri rumah. Ada 6 orang anak tapi suami tak boleh harap sampaikan sebelum ni mak mertua bagi beras dan lauk.

Suami dah berbulan tak bayar sewa rumah pastu kena halau dengan tuan rumah. Fikir punya fikir, last-last dia balik kampung dan duduk dengan mertua di samping nak menemani mak mertua yang kurang sihat.

Masa kerja dulu pun sama, duit gaji semua untuk persekolahan anak. Sampai saya pulak heran macamana dia survive sebelum ni.

 

Sebenarnya ramai sangat orang susah di kalangan kita. Tak semua orang pandai cari duit lebih. Tak semua orang ada idea @ semangat @ kekuatan @ modal untuk ubah nasib dia. Jika kita mampu, kita cubalah tolong orang di sekeliling kita. Mungkin pertolongan tu kecil je pada kita, tapi besar maknanya pada dia.

20140210-045534.jpg

 

 

Okay bye. Dah tahap wajib tidur. 🙂

One thought on “Bertemu Kembali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.