Bertemu Kembali..

Alhamdulillah ada kelapangan untuk update blog malam ni.

Bila baby dah makin membesar, memang susah nak pegang laptop sebab dia pun sibuk nak menaip jugak. 🙂

Alhamdulillah Yaya dah nak masuk 7 bulan. Perkembangan Yaya :

1. Dah nak tumbuh gigi

2. Dah boleh berdiri dengan memegang orang @ meja.

3. Taknak dengan orang lain langsung.

 

Masa remaja dulu nak sangat dicintai sepenuh hati kan. Dah jadi mak orang ni, memang merasalah dicintai sampai takleh berpisah langsung. 😛

 

Bila dah lama tak update, banyak la cerita kan.

Bisnes Alhamdulillah bertambah baik. Pekerja yang bermasalah dah digantikan dengan pekerja yang lebih baik.

Sekarang kitorang sangat aktif buat expo. Setiap minggu ada expo. Minggu ni paling cemerlang. Ada 4 expo sekaligus.

Berdasarkan pengalaman lepas, hujung tahun sales slow. Tapi Alhamdulillah sales kami bertambah disebabkan expo. Setiap hari production team huru hara. Dan tadi pun saya interview tukang jahit baru. 🙂

 

Setiap hari ada banyak benda yang nak dibuat. Banyak keputusan yang perlu diambil. Banyak documentation yang perlu diselesaikan.

Kalau ikutkan, stress jugak.

 

Tapi saya tak la rushing sangat. Tambah-tambah sekarang cuti sekolah kan. Jadi cuba lebihkan masa dengan anak-anak jugak.

 

Sebab in the end kenangan bersama tu yang lebih kita ingat berbanding berapa jumlah sales harian.

 

Setakat ni dulu coretan malam ni. InsyaAllah ada masa saya sambung lagi ya. Take care. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *