Bertemu Kembali

Hai bertemu kembali.. πŸ™‚

Meh nak citer jadual usahawan terlampau. Hahaha..

 

Taklah terlampau sangat pun sebenarnya. Ramai lagi yang terlampau. Ramai yang jauh lebih gigih dan lebih hebat.

 

Khamis petang gerak ke KT. Plan asal nak gerak awal. Tapi biasalah orang sibuk katakan. Dekat pukul 5 keluar rumah. Pastu singgah Pantai Penarik makan seafood celup tepung. Sampai di KT dalam pukul 7.

Pastu pukul 8.30 pergi loading barang di TTC sampailah pukul 11 malam.

 

Kali ni bawa 4 orang staf Production House.Β Pastu ajak staf makan malam. Pastu balik hotel tido. Malam tu risau sangat. Macamanalah karnival esok ni. Ramai tak pengunjung. Boleh jual banyak atau tak. Dahlah bawak barang kemain banyak. Setiap warna Bawal Ruffle Maira, bawak 50pcs. Total Bawal Maira dekat 3000pcs. Tak campur tudung-tudung lain lagi.

Total kereta 3 buah. Penuh dengan barang. Sampaikan boleh bawak dua orang anak je. Dua yang besar terpaksa tinggal sebab kereta dah penuh.

Tapi Alhamdulillah, pengunjung ramai dan booth kami pun mendapat sambutan hangat. Belum tengahari, sales dah boleh cover kos sewa, pengangkutan, gaji pekerja dan penginapan sepanjang di sana.

Lepas tu saya keluar untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu saya. Petang tu singgah semula ke booth dan tolong sikit-sikit.

 

Memang huru hara sangat suasana di karnival. Memang nak kena plan betul-betul dari segi susunan barang dan juga dari segi storage stok tambahan.

Banyak benda yang kami belajar sepanjang karnival ni. Antaranya :

– Sewa booth yang besar. Kalau boleh, amik lot tepi.

– Kalau boleh join karnival yang berlangsung 3 hari. Kalau dua hari sekejap sangat.

– Kena bawak stok banyak dan susun banyak-banyak. Barulah nampak meriah dan orang pun geram nak serbu.

– Kena ada produk yang murah-murah jugak sebab tak semua berduit. Bila ada produk murah, orang akan beli jugak sebab mestilah diorang pun taknak balik tangan kosong.

– Sediakan flyers @ namecard.

– Sediakan banner @ backdrop untuk pelanggan selfie selepas shopping produk kita.

– Kena ada ramai pekerja. Kalau bisnes pakaian, kena ada :

1. Pekerja khas untuk lipat dan pastikan susunatur sentiasa kemas sepanjang masa

2. Pekerja yang uruskan stok. Stok haruslah disusun dengan teratur.

3. Pekerja untuk terima duit jualan dan rekodkan setiap jualan.

4. Pekerja untuk ajar cara nak gayakan tudung.

5.Β 4 @ 5 pekerja yang ceria dan mesra untuk melayan pelanggan.

 

Saya bawa 4 orang staf je. Rasa macam dah cukup. Rupanya tak cukup. Especially time diorang rehat dan solat.

 

Tapi overall memang happy dan jualan pun okay. So insyaAllah kalau ada rezeki nak join karnival lagi terutama di kawasan yang kami belum ada butik @ outlet. Kalau di luar Semenanjung pun rasa macam nak join jugak je. Mesti best.

 

Sebenarnya hari pertama tu saya pun agak sibuk sebab pada masa yang sama staf di Bangi uruskan shooting koleksi terkini. Jadi saya kena sentiasa communicate dengan dia untuk pastikan semua okay.

Kali ni kami shoot banyak sangat. Shooting dari pukul 3 petang sampai pukul 3 pagi dengan 4 orang model. Setiap model menggayakan koleksi yang berbeza.

 

Serius excited nak launch koleksi terbaru. Sebab semuanya pun macam cantik je. Macam boleh meletop je. Hihihi..

Kali ni insyaAllah nak launch produk dengan lebih teratur. Setiap minggu launch satu produk.

 

Eh panjang lebarnya karangan. Sebenarnya banyak lagi nak citer ni. Tapi dah penat sangat.

Okay bye. Sampai jumpa lagi. Ada berita baik. InsyaAllah dalam 2 minggu lagi nak buka cawangan baru di Shah Alam. πŸ™‚

 

 

2 thoughts on “Bertemu Kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.