Bersiaran Dari Vietnam

Semalam saya tak boleh tidur. Dan tetiba rasa terpanggil untuk tolong berkempen bagi Pakatan Rakyat.

Memang saya akan balik mengundi. Tapi tu cuma satu kertas undi sahaja. Kalau saya betul-betul serius nak perubahan, saya pun kena buat sesuatu. Tak boleh duduk diam-diam dan mengharapkan perubahan besar berlaku dengan sendiri.

Jadi saya pun ambil keputusan untuk menyatakan sokongan saya terhadap Pakatan Rakyat secara terbuka.

Saya nak cuba yang terbaik. Kalaulah sokongan saya dapat meraih satu undi sahaja di kalangan sahabat saya pun tak pelah. Yang penting saya main peranan.

Saya nak Malaysia yang lebih baik. Saya nak Malaysia yang lebih telus. Saya nak Malaysia yang lebih adil dalam berkongsi kekayaan negara.

Pukul 5 pagi saya melelapkan mata sekejap. Pukul 6 pagi saya bangun dan bersiap-siap untuk ke LCCT.

Singgah di Skudai untuk ambil dua orang kenalan yang nak turut serta ke Vietnam dan selepas tu saya memandu ke LCCT.

Alhamdulillah dalam pukul 2 petang tiba di Vietnam dengan selamat.

Tapi serius kali ni semangat nak beli kain kurang sikit. Semangat nak berkempen je…

Kepada sahabat-sahabat saya, tolong tau. Tolong sangat. Tolong ubah sistem pentadbiran sekarang. Sistem yang mengongkong media daripada menyiarkan berita secara bebas. Sistem yang menggalakkan politik kotor dan lucah. Sistem yang seolah-oleh menggalakkan maksiat semakin berleluasa. Sistem yang mengkayakan golongan-golongan tertentu sahaja. Sistem yang membolehkan pemimpin menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya.

Sistem yang pastinya akan merugikan anak cucu kita.

Ubah sekarang. Selamatkan Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *