Bersiaran dari Skudai

Semalam suami yang hebat dan macho telah memandu dengan jayanya dan kami sampai di rumah dalam pukul 4.30 pagi.

Gerak dari butik dah agak lewat. Dalam pukul 11 lebih. Pastu singgah makan di restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bangi.

Suami order Nasi Putih, Tomyam Seafood dan Telur Dadar. Abang Adi order Nasi Goreng Kampung. Abang Iqbal order Nasi Paprik.

Kami memang tak order ikan bakar dan sebagainya sebab taknak lama-lama. InsyaAllah next time akan datang lagi untuk cuba ikan bakar pulak.

Boleh tahan jugak makanan kat sini. Lauk dalam Tomyam pun banyak. Sayangnya Tomyam yang sampai tu sejuk. So agak kecewa di situ.

 

Seronok sangat bila tidur dan terjaga bila dah sampai rumah.  🙂

 

Sekarang nak agih-agih barang. Pastu nak singgah di Airport Senai dan juga Jusco Bukit Indah untuk hantar shawl terbaru dan juga beg cotton terbaru.

 

Kadang-kadang rasa penat. Rasa banyaknya benda nak kena buat.

Tapi bila tak sibuk, saya lagiiiiii risau. Rasa cam tak betul-betul berusaha untuk majukan bisnes je.

Hari ni Abang Adi & Abang Iqbal start puasa enam. Soleh sungguh dua orang budak ni. Sejuk perut mak. Dah lama diorang nak puasa tapi disebabkan kami travel dan saya risau diorang penat dan tergoda dengan makanan yang Ali makan, saya minta diorang tunggu dulu.

 

Bye. Jumpa lagi!  🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *