Bersedia Untuk Berubah

Tengahari tadi pihak KB Mall call saya. Nak maklumkan malam ni diorang akan pindahkan kiosk saya ke tempat lain.

Kalau ikutkan rasa kurang happy jugak sebab sepatutnya diorang maklumkan lebih awal. Lagipun berdasarkan pengalaman berurusan dengan pihak Jusco, tak pernah pulak kena pindah-pindah ni.

Tapi dengan KB Mall ni dari awal pembukaan dulu dah ada perasaan kurang senang tentang lokasi kiosk. Suka suka hati je nak pindahkan kiosk kita.

 

Tapi takpelah, malas nak tension-tension. Saya pun kata okay.

Lagipun manalah tahu lokasi baru tu nanti lebih strategik dan boleh dapat sales lebih banyak kan. So takpelah.

 

Tapi rupanya staf saya pulak yang tak happy. Dia pulak yang tak puas hati.

Adoi!!!

 

Saya pun cakaplah, takpelah try je dulu.

 

Sebenarnya dalam hidup ni kita kena bersedia dan berani untuk berubah. Sebab perubahan itu pasti akan berlaku.

Bak kata pepatah,

The only thing constant is CHANGE

 

Apapun bidang yang kita ceburi, apapun produk yang kita jual, kena sentiasa bersedia untuk menghadapi perubahan pasaran dan juga perubahan kuasa beli pelanggan.

Kena sentiasa ada plan B.

 

Walaupun dah ada staf yang boleh harap, tapi kena sentiasa bersedia in case dia nak resign @ apa apa berlaku pada dia.

Walaupun kebanyakan kerja staf buat, tapi bos kena tahu atau sebaik-baiknya boleh buat dengan lebih baik lagi.

 

Hari ni suami pasang net badminton kat depan rumah. Seronok sangat 3 beradik main badminton. Ali tu sekadar pegang reket dan berlari sorang-sorang je. Tapi dah seronok sangat.

Teringat masa kecik dulu petang-petang selalu main badminton dengan famili. Masa sekolah menengah pulak siap boleh main kat dalam rumah lagi sebab rumah tu lapang.

 

Abang Iqbal dah Darjah 5. Lagi dua tahun nak masuk sekolah menengah. Tadi suami tanya soalan mencabar samada nak masukkan Abang Iqbal ke sekolah berasrama nanti.

Adoi, mak rasa muda remaja lagi. Tak bersedia nak jawab. Hahaha..

 

Tapi rasanya Tingkatan 1 kecik sangat untuk masuk asrama. Unless dapat masuk ke sekolah-sekolah yang bagus.

Tapi serius tak dapat decide lagi buat masa ni. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *