Bermusafir
Hai apa khabar? 🙂
Semenjak Sabtu lepas kami sekeluarga bermusafir.
Hari Sabtu pagi gerak dari rumah. Singgah Segamat attend wedding. Petang singgah rumah pakcik di Felda Keratong 5. Dalam pukul 5 petang gerak balik ke kampung suami di Kelantan. Sampai Kelantan dalam pukul 3 pagi.
Anak-anak suka sangat balik kampung. Dapat bermesra dengan sepupu-sepupu dan dapat main-main di luar rumah dengan lebih bebas.
Ibu mengandung pulak banyak terperap dalam bilik menahan sakit perut dan mengenangkan sakit bersalin yang perlu ditanggung nanti. 🙁
Selepas empat hari di kampung, petang semalam kami bertolak balik. Bertolak pukul 2.30 petang dan sampai di Johor pukul 3 pagi. Fuh.. betul-betul berkorban masa dan tenaga travel jauh-jauh.
Sekian update ringkas. Bye!
- Kisah Peniaga Nasi Lemak Yang Lone Ranger
- The Art of Thinking Clearly