Berhati-hati Dengan Pakar

Beberapa hari lepas saya baca artikel terkini di blog Darren Hardy yang bertajuk Beware of Experts

 

Antara isi kandungan artikel ni adalah ramai sangat orang yang mengaku pakar pada zaman sekarang ni.

Definisi pakar yang sebenar adalah..

ex•pert: Possessing special skill or knowledge; trained by practice.

 

Masalahnya sekarang ni ramai sangat yang mengaku pakar.

 

Saya pernah tengok iklan di Facebook oleh seorang usahawan yang ingin menjual ebook tentang kejayaan dia berniaga menggunakan Facebook Page. Ayat iklan bukan main. Tapi bila saya tengok business page dia, baru 1000 lebih je orang Like. Dahlah engagement pun takde sangat.

 

Ada jugak yang kemain dok promote ebook buat duit dari rumah. Tapi tak nampak sangat pun kejayaan dia buat duit dari rumah. Lebih kepada nak suruh orang beli buku dia je.

 

Ramai jugak yang menggelar diri dia sebagai Facebook marketing expert yang kononnya boleh ajar macamana nak naikkan LIKE di Facebook sedangkan dia sendiri pun takde buat bisnes di FB. Ajar teori semata-mata.

 

Kesimpulannya, kalau serius nak belajar, cari guru yang betul-betul ada pengalaman. Yang trained by practice.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *