Berforum

Sekarang ni saya suka baca forum.

Sebab dari forum ni kan, kita dapat pelbagai respons.

Bila sesuatu benda berlaku, ada yang fikir macam tu, ada yang fikir macam ni dan perbezaan cara manusia berfikir ni sebenarnya sangat mengkagumkan.

 

Kadang-kadang saya setuju sangat dengan sesuatu. Tapi bila baca pendapat orang lain, tetiba rasa cam.. “Eh betul jugak apa yang dia ni cakap.”

Kesimpulannya jangan la nak rasa kita ni bijak sangat. Cara kita berfikir je yang betul. Pendapat kita je yang bernas. Idea kita je yang bijak bistari. Sebab sememangnya tak. Hihihi..

 

Dari forum jugak, tahu banyak isu semasa. Dan jugak gosip terkini. Hahaha..

 

Tapi yang bagusnya kita pun jadi lebih berhati-hati dan lebih beringat sebab taknak ulangi kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

 

Ramai juga yang bergaduh di forum. Ni tak bagus. Sebab adakalanya dalam pada kita memburuk-burukkan orang @ merendah-rendahkan orang, terserlah keburukan dan kelemahan kita.

Sebab tu saya memang elakkan kontroversi. Kalau ada masalah dengan sesiapa, malas nak kecoh-kecoh. Lagipun kadang-kadang orang yang bermasalah dengan kita ni sibuk nak stalk kita. Nak tengok kita ada bercakap tak pasal dia.

So, don’t give them that. Tunjukkan bahawa dia tak penting pun dalam hidup kita. Kita tak heran pun dengan dia. Dan kita masih boleh teruskan hidup kita macam biasa dengan penuh kegembiraan.

Lagi teruk orang buat kita, lagilah kita buat bodoh dan tunjukkan kebahagiaan kita.

 

Semalam dah selesai shoot Baju Kurung Pahang Safiyya dan Shawl Halfmoon Nadeera plain yang terkini.

Dah siap upload ke FB, IG dan web.

Dan Alhamdulillah ramai yang dah PM dan WhatsApp. 🙂

 

Sekarang tengah tunggu pukul 10 pagi. Nak tunggu butik bukak sebab nak confirmkan stok di butik.

Seronok sebenarnya buat bisnes online sampai kadang-kadang rasa nak fokus online 100%. Dahlah kos pun rendah.

Tapi kedai offline pun ada kelebihan jugak. Sebab ada juga pelanggan yang prefer membeli di kedai dan jadi pelanggan setia. Pelanggan pun rasa lebih yakin. Stok pun boleh diletakkan dan diposkan dari kedai. Dan bisnes pun lebih terurus.

 

Eh jauh la pulak melencong. Okay bye. Sampai jumpa lagi! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *