Berehat Sebentar..

Pukul 10.30 pagi singgah di outlet Benang Hijau di AEON Taman Universiti Skudai untuk berjumpa dengan staf baru iaitu Kak Shamsiah. Akak ni dah start kerja dari Jumaat yang lepas tapi hari ni baru saya dapat jumpa sebab masa tu saya ke Guangzhou.

Lepas tu saya pergi ke airport Senai bersama-sama BFF saya iaitu Kak Yati Meletop dan suaminya En Mukmin yang akan menguruskan renovation outlet baru Benang Hijau di Airport Senai yang akan mula beroperasi dalam akhir bulan ini.

Selepas berjumpa dengan staf airport Senai dan tandatangan agreement, saya melawat tapak kedai dan singgah lunch di KFC sambil bincang-bincang tentang kerja-kerja renovation kedai nanti.

Lepas tu kami pergi ke AEON Permas Jaya untuk melihat retail space yang akan saya sewa bermula esok.

Excited sangat nak tengok kabinet-kabinet kayu yang saya tempah khas untuk outlet ni.

Dalam perjalanan sibuk berwhatsapp dengan shipping agent saya di Guangzhou dan supplier saya di Vietnam. Rasa international sungguh. Hahaha..

Sambil tu sibuk jugak berurusan dengan staf Benang Hijau yang menghantar koleksi terbaru ke pejabat Karangkraf di Shah Alam untuk shooting Majalah Nur Ogos 2013.

Hampir pukul 4 petang, Kak Yati hantar saya ke rumah. Sempatlah berehat sekejap dan bergurau senda dengan Ali & Adi.

Jap lagi nak keluar ke outlet Benang Hijau di Umall pulak. Lepas tu nak ke AEON Bukit Indah untuk kemaskan barang sebab hari ni merupakan hari terakhir Karnival Pra Ramadhan di sana.

Penat. Excited. Stress. Pening kepala. Nervous. Macam-macam perasaan bercampur baur di dada.

Tapi alang-alang dah melangkah dalam bisnes, insyaAllah akan kugagahi jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *