Bercinta

Sepanjang minggu ni setiap petang atau malam saya akan keluar dengan suami.

Mostly keluar jalan jalan cari makan kat area Seremban 2.

Dan kami cuma keluar berdua je.

Saje taknak ajak anak.

Bila anak tanya saya bagitau nak pergi Bercinta dan sekarang diorang dah faham sangat dah.

Dan selalunya balik dari Bercinta tu akan ada ole ole untuk diorang jugak.

So dorang okay dan bahagia je dapat dok rumah.

 

 

Alhamdulillah anak anak dah besar.

Abang abang tolong jaga dan main dengan Yaya.

Pastikan Yaya sentiasa selesa dan cukup makan.

Hari tu Yaya marah.

Umi ni 2 2 2!!!

Yaya nak 3!

Dengan kata lain, umi ni asyik nak keluar dua orang je dengan abah.

Yaya pun nak ikut jugak.

😛

 

 

Sekarang ni saya tak sihat sangat sangat.

So sepanjang hari bed rest je.

Tak larat nak berdiri lama lama.

Tak larat nak sembang.

Tak larat nak buat apa apa.

Kalau keluar pun akan parking depan kedai, masuk kedai, duduk, makan sikit, pastu masuk kereta semula dan balik.

Keluar sebab takut kalau dok baring je sepanjang hari makin tak sihat.

Dan at least terbuka la juga minda tengok pemandangan sekeliling dan juga persekitaran.

Dan kadang kadang diam je sepanjang perjalanan sebab tak larat nak cakap banyak.

Mula mula suami kecik hati sebab dia tanya saya diam.

Tapi sekarang dia dah faham.

 

 

Dua hari lepas suami terpaksa berhentikan kereta kat tepi jalan sebab saya nak muntah.

Mujur sempat berhenti dan muntah kat luar.

Dulu masa mengandung Yaya rasa dah mencabar sangat.

Tapi kali ni lebih mencabar rupanya.

Sekarang saya dah mengandung 14 minggu.

Harap harap makin sihat sebab dah tak sabar nak travel beli kain, keluar jumpa supplier dan mengeteh dengan kawan kawan bisnes.

Rindu zaman sihat walafiat boleh keluar meeting dari pagi sampai tengah malam.

Tapi anak anak happy sangat bila saya selalu ada kat rumah.

 

 

Hari ni Abang Iqbal tunjuk result exam term lepas. Alhamdulillah keputusan cemerlang sangat.

Siap ada subjek yang dapat 100%.

Alhamdulillah.

Abang Adi pulak hari ni balik sekolah bagi kad I Love You Umi.

Suami jeles je sebab dia tak pernah dapat kad camtu.

Hihihi..

 

 

Semenjak kebelakangan ni saya banyak tonton filem dan drama di Netflix.

Antara yang saya belajar kan.

Berjaya cemanapun.

Kaya cemanapun.

Berkuasa cemanapun.

Jadi Presiden US ke.

Jadi peguam terhebat ke.

Jadi penjual dadah tersohor ke.

In the end they just want to have a normal life and family’s love.

 

 

Bukanlah bermakna jangan berusaha.

Jangan bercita cita tinggi.

Tak.

 

Tapi jangan terlalu obses.

Jangan terlalu tamak.

Jangan terlalu kejar.

Sampai tak sempat luangkan masa dengan orang orang yang paling penting.

Sampai jumpa lagi! 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


Copy Protected by Tech Tips's CopyProtect Wordpress Blogs.