Berani Buat Keputusan..

Salah satu ciri yang perlu ada pada seorang usahawan adalah berani membuat keputusan.

Sebabnya bila dah buat bisnes sendiri ni, memang kena buat banyak keputusan.

Tentang produk, harga, pekerja, gaji pekerja, lokasi perniagaan, promosi dan sebagainya.

Serius kadang-kadang rasa bestnya kalau ada orang lain tolong fikir. Kadang-kadang pulak otak rasa jem bila banyak sangat keputusan yang perlu dibuat.

Mungkin sebab saya ni cuma usahawan kecil-kecilan dan belum begitu mahir dalam membuat keputusan.

Kadang-kadang rasa seronoknya kalau dapat jadi suri rumah sepenuh masa yang cuma fikir tentang rumah tangga.

Kalau nak jadi macam tu, boleh je sebenarnya. Sebab suami saya pun tak kisah kalau saya tak kerja. Cumanya, kalau dah tak kerja tu, kenalah redha ya. Tak boleh demand sangat. 🙂

Tapi.. saya sendiri yang akan sengsara nanti.

Sebab saya memang suka sibuk sebenarnya. Suka jadi penting. Suka ambil risiko. Suka jual barang. Suka ada banyak duit. Suka pergi travel. Suka mengarah.

Banyak la kau punya suka kan. Hahaha..

One thought on “Berani Buat Keputusan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *