Berangan Kaya

Tadi saya terbaca petikan di bawah di dalam artikel ini.

Bayangkan anda sebenarnya kaya raya tetapi tidak mahu orang lain tahu. Latih sikap sebegini setiap kali anda mahu lawan jiran atau kawan menukar kereta atau rumah baru. Begitu juga dengan pakaian atau kedai di mana anda makan atau minum, pilih tempat yang orang tak dapat syak anda sebenarnya kaya.

 

Pastu saya gelak sorang-sorang. Sebab memang saya dah lama buat kerja ni.

Dulu-dulu masa saya menaiki kereta Iswara lama yang berharga RM4000, saya memang dah fikir macam ni.

Saya fikir yang saya sebenarnya kaya tapi saje je taknak pakai kereta mewah. Jadi bila saya jumpa sesiapa pun, saya senyum lebar dan fikir macam ni dalam hati.

Perasaan ni pun jadi lebih kuat bila saya ada beberapa pelabur yang sangat low profile walaupun duit banyak.

Salah seorang pelabur saya langsung tak ada kereta padahal ada simpanan tunai lebih RM100,000, ada kebun dan sebagainya.

Ada juga pelabur yang duduk rumah yang kecik. Rupa-rupanya dia jual rumah yang besar dan laburkan wang tunai sebab nak sediakan duit untuk pendidikan anak di luar negara.

Eh, ada ke orang Melayu macam ni. Macam tak logik je.

Okay, memang betul bukan orang Melayu. Orangnya adalah Cina Mualaf. Dan saya kagum sangat dengan dia.

Ramai juga pelabur saya yang muda-muda dan tak pakai kereta @ pakai kereta murah tapi sebenarnya simpanan tunai sangat banyak. Dan saya pun sangat kagum dengan mereka.

Kadang-kadang yang belanja barangan mewah ni sebab dia rasa rendah diri. Dia takut orang anggap dia takde duit @ tak banyak duit.

Jadi dia pun belilah barangan yang mahal dan mewah. Kononnya nak tunjuk yang dia berduit.

Padahal orang yang tengok pun rasa kesian sebenarnya. Sebab tak padan dengan body. Bukan main pakai mekap dan beg mahal-mahal padahal orang pun tahu pendapatan dia tak seberapa.

Nak impress siapa sebenarnya? Sebab sebenarnya orang tak rasa impress pun.

Dan kesudahannya diri sendiri yang terpaksa tanggung hutang @ terpaksa kurangkan perkara penting yang lain.

Kalau nak beli sesuatu, jangan sesekali beli sebab fikirkan pandangan orang. Beli sebab memang kita nak pakai. Beli sebab memang perlu.

Alhamdulillah setakat ni saya boleh je pakai handbag berharga RM5-RM30. Serius tak risau orang anggap saya takde duit. In fact lebih selesa kot. Boleh main campak-campak je beg. Hahaha..

Okay bye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *